Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Friday, September 2, 2011

Selamat hari raya

sedang memancing ternampak buaya,
nampak buaya terkencing - kencing,
selamat menyambut hari raya,
mohon maaf zahir dan batin.

Assalamualaikum semua,

selamat hari raya Aidilfitri saya ucapkan kpd anda semua, raya tahun ni bagi saya lebih meriah daripada tahun - tahun yang lalu kerana seluruh ahli keluarga saya berkumpul bersama - sama menyambut hari lebaran pada tahun ini dengan penuh gembira dan kelag tawa (wlaupun anak buah asyik menangis jer) tp pada tahun ini lebaran yang paling menyeronokkn bagi saya kerana dapat bersama2 dgn family yang sungguh ceria. Sedangkan selama ini sy hnya melarikan diri dari keluarga ini, namun pada thun ini membuatkan sy benar2 mengerti erti ikatan keluarga itu sendiri, hehehee, memang seronok, di tambah pula dengan usia yg semakin meningkat so nk main meriam pown x der org nk mrh2 dh. hehehe. mmg best gler, semohga korg sumer pun menyambut lebaran pd thun ini dgn penoh gembira dan ceria. 
klu rjin shre r kt blog nie pengalaman rye korg... 

Friday, August 26, 2011

Raya Hampir Tiba..

Assalamualaikum.

semalam adalah jumaat yg terakhir bagi ku d'bulan ramadhan pada tahun ini, saat khatib memberi peringatan kepada jemaah, hatiku mulah pecah membuatkan aku mulai resah, berkecai segalanya, sungguh mudah mengalir air mataku seperti air sungai yang mengalir laju. Aku merasa sedih kerana mengkhuatiri adakah ibadahku pada ramadhan kali ini sudahcukup untuk menampal dosa - dosa yang telah ku lakukan pada bulan - bulan yang lain?
Namun aku sungguh dapat merasai ramadhan pada kali ini, Subhanallah, memang tidak di sangka selama bertahun - tahun aku menemui bulan ramadhan, baru tahun ini aku merasai nikmat ramadhan itu sendiri. Alhamdulillah. Mungkin lailatul qadar tidak dpt ak temui namun bagiku apa yang telah aku rasai pada ramadhan kali ini sudah memadai sebagai suntikan semangat untuk aku meneruskan mengejar nikmat - nikmat pada bulan ramadhan yang akan dtg, YA ALLAH sesungguhnya engkau maha berkuasa yang telah memberikan aku menemui mereka yang ku kagumi, menzahirkan alam kami walaupun telah berpisah semala beribu masehi. SUBHANALLAH, sungguh aku merasa kerdil dan kecil pada ramadhan kali ini, sehinggakan air mataku mudah mengalir pada ramadhan kali ini. Aku kini akan teruskan usaha untuk mencari nikmat yg masih tersisa pada akhir ramadhan ini, semoga dosa2 ku yg lalu akn d'ampunkan oleh Allah, 
sekian 

Al fatiha buat pahlawan FISABILILLAH yang sungguh hebat dan terbilang iaitu :
1. SALAHUDDIN AL AYUBI
2. KHALID AL WALID 

Sunday, April 3, 2011

Setiap manusia punya permasalahan sendiri, yang membezakan manusia itu adalah bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut, sekiranya mereka sentiasa berpegang dengan tali Allah nescaya mereka akan terselamat dan sentiasa dipermudahkan dalam menghadapi setiap dugaan yang menimpa diri mereka itu namun mereka itu haruslah sentiasa yakin dan tawadduk dalam memohon sesuatu daripada Allah s.w.t., ada sesetengah manusia berpegang teguh pada tali Allah namun mereka masih melakukan maksiat ataupun menzalimi diri mereka sendiri, walaupun maksiat yang mereka lakukan itu adalah kecil pada pandangan mereka namun sebagai manusia kita tidak mengetahui adakah ianya kecil pada pandangan Allah???. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sesungguhnya:"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita". Rasulullah juga manusia biasa yang sentiasa diuji dengan berbaga-bagi dugaan dan peristiwa yang menyedihkan namun baginda sentiasa berpegang dan yakin bahawa Allah adalah kekasih yang tidak pernah meningalkan kekasihnya. Bukan itu sahaja, penglima islam yang terbilang iaitu Salahuddin Al-Ayubi turut membuktikan bahawa Allah sentiasa menjaga meeka yang berpegang teguh dengan talinya, pernah suatu ketika saat selesai perang seorang tawanan telah dihadapkan kepada salahuddin lalu salahuddin terlihat akan botol kecil yang terikat dipinggang tawanan tersebut lalu salahuddin bertanyakan 'apakah isi botol tersebut' lalu dijawab oleh tawanan perang tersebut ' ini adalah racun yang paling kuat bisannya hingga mampu menumbangkan seekor gajah' lalu salahuddin meminta botol tersebut lalu berkata ' tidak akan mati seseorang itu tanpa izin Allah' dan meminum racun tersebut sehingga habis. Tawanan tadi terus menangis lalu mengucapkan kalimah syahadah dan berjanji akan mebantu tentera muslim memerangi kesesatan mreka yang kafir. Pada zaman sultan Muhammad Al-Fateh saat seorang paderi yang cuba mengkafirkan ilmuan-ilmuan islam yang terhandal di negeri tersebut dengan meminta bukti akak kesahihan hadith Rasulullah yang berbunyi "sesungguhnya para ulama islam adalah sama tarafnya dengan nabi-nabi dari bangsa israel" lalu dimintakan bukti kesahihan hadith tersebut dengan menyuruh para ulama islam menunjukkansemula peristiwa yang pernah ditunjukkan oleh nabi isa iaitu menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia, pada saat tersebut semua ulama yang hadir telah bingung lalu di hadapkan syeikh Beyram yang sedang tenat pada ketika itu lalu membuktikan hadith tersebut, kesemua mereka ke tanah perkuburan lalu paderi tersebut telah memilih kubur yang lama dan menyuruh syeikh beyram membuktikan hadith tersebut lalu dengan izin Allah telah bangun semula mayat yang telah mati sekian lama itu lalu sempat ditanyakan nama dan umurnya oleh syeikh beyram sehinggakan ketua pader tadi terkejut lalu memeluk islam dengan keyakinan yang penuh dihatinnya tentang kebenaran islam itu. S emua peristiwa tersebut membuktikan betapa hebatnya umat islam itu jika mereka benar-benar berpegang teguh pada Allah s.w.t. Namun remaja masa kini terlalu lalai dan tidak pernah mempelajari sejarah kegemilangan islam. Bangunlah wahai sahabat-sahabatku kita tegakkan semula syiar islam dan kukuhkan perpaduan dikalangan kita sesama islam. Andai kita sedang dilanda sebarang permasalahan carilah orang yang berilmu dan selesaikan menurut hukum yang telah ditetapkan oleh islam bukan menrut nafsu yang tiada pegangan yang tetap sebalinya hanya mendengar hasutan semata. Berfikirlah dengan akal bukan dengan kepala dan lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh dunia kepada bangsa islam melalui mata hati bukan dengan mata kasar semata..
sekian Assalamualaikum...
                                                                                                                                               4/4/2011

Saturday, March 26, 2011

HARI KEHANCURAN

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Suf

                                                                                                                                                27/3/2011

Wednesday, March 16, 2011

lama mendiam bukan terbenam sebaliknya meneroskan pelajaran dalam memahami kehidupan manusia pada hari ini, terlalu banyak yang telah diperolehi ingin dikongsi disini. Manusia hari ini semakin lupa bahawa kita sebenarnya semakin alpa, sesat oleh keseronokan dunia yang tiada bermakna, keseronokan yang sudah pasti lebih menjerumus kepada kerosakan bukan pada pedoman. Manusia ingin menjadi raja dalam sekelip mata tanpa usaha yang berganda, itu adalah suatu yang sia-sia(seperti mat jenin). Manusia ingin mencari kedamaian didalam suasana yang huru-hara sememangnya sesuatu yang mengarut(bagai pungguk rindukan bulan). Manusia hari ini lebih banyak berkata-kata daripada berbicara(tin kosong). Manusia hidup gembira namun mereka tidak bahagia(talam dua muka). Manusia hari ini semua bijak belaka malangnya tidak berakal(lembu dicucuk hidung).
Ini antara sifat-sifat manusia yang telah aku fahami sepanjang aku tidak menulis, aku menjadi bingung mengapa ini terjadi sehinggalah aku dapat jalan penyelesaiannya 'manusia adalah makhluk yang paling sempurna di antara makhluk yang telah diciptakan oleh Allah, tetapi manusia itu masih mempunyai kekurangan kerana Allah mahu setiap manusia menghormati manusia yang lain tanpa menganggap dirinya sempurna kerana yang Maha sempurna hanyalah Allah s.w.t.' aku menulis kerana ingin berkongsi bukan ingin meninggi diri, setiap perkataanku ini adalah apayang kulihat,kualami dan yang terdapat dalam diriku walaupun tidak semuanya namun ada ketikanya ak merasainya.
semoga ap yang di coret ini akan menjadi pengajaran untuk kita semua yang bergelar manusia..


1
                                                                                                                                               17/3/201

Saturday, March 5, 2011

segalanya...

Sedih hati tidak terperi 
apabila kehilangan kekasih hati, 
sungguh murni hatiku ini,
namun aku sering lupa diri,
dia muncul memberi bantuan,
aku ambil sebagai permainan,
aku menyangka hidup ini mudah,
sebenarnya ia amat mampu memusnah,
memusnah segala yang hampir punah,
sungguh x ku sangka aku sekhilaf ini,
lupa pada asal - usul sendiri, 
bangun wahai hamba ilahi,
sesungguhnya hidupmu ini beerti,
usah disia-siakan tanpa isi,
nescaya akan bersedih kemudian hari,
hidupku kian sunyi,
kerana aku tidak mahu mencari,
cahaya yang tidak pernah padam setiap hari,
semoga aku menjumpai,
hidayah yang sangat bererti,
melalui amal yang dilakukan tiap hari,
amin ya rabbal alamin....
                                                                                                                                                     6/3/2011

segalanya...

Sedih hati tidak terperi 
apabila kehilangan kekasih hati, 
sungguh murni hatiku ini,
namun aku sering lupa diri,
dia muncul memberi bantuan,
aku ambil sebagai permainan,
aku menyangka hidup ini mudah,
sebenarnya ia amat mampu memusnah,
memusnah segala yang hampir punah,
sungguh x ku sangka aku sekhilaf ini,
lupa pada asal - usul sendiri, 
bangun wahai hamba ilahi,
sesungguhnya hidupmu ini beerti,
usah disia-siakan tanpa isi,
nescaya akan bersedih kemudian hari,
hidupku kian sunyi,
kerana aku tidak mahu mencari,
cahaya yang tidak pernah padam setiap hari,
semoga aku menjumpai,
hidayah yang sangat bererti,
melalui amal yang dilakukan tiap hari,
amin ya rabbal alamin....
                                                                                                                                                     6/3/2011

Thursday, March 3, 2011

jatuh ke dalam lubang yang tiada penghujungnya....

Assalamualaikum semua.

Hari ini kita berjumpa lagi setelah lama aku mendiamkan diri, aku kini sedang mengalami saat kejatuhan yang agak menyakitkan kerana mereka yang selalunya berada di sampingku saat aku menghadapi keruncingan kini berada jauh hingga tidak mampu ku dekati lagi, aku harus berpijak dengan kaki sendiri kali ini, aku hilang semangatku kerana mereka yang aku sayang kini terlalu sibuk menyelesaikan tangunggjawab yang mereka galas, namun mengapa aku dilupakan dan ditinggalkan begitu saja?.
 Aku akan menunggu sehingga mereka tiba kembali kesisi ku, namun aku tahu itu adalah mustahil kerana jika aku melakukan kesilapan dalam menghadapi dugaan yang mendatang ini maka mereka pasti akan kutinggalkan. Bukannya aku tidak menyayangi mereka namun mereka mengabaikan aku saat aku memerlukan mereka, adakah mereka tidak tahu bahawa saat ini aku sangat memerlukan mereka, dugaan yang kuterima pada kali ini hadir secara bertubu-tubi seperti muntahan peluru machine-gun yang menyerang palestin pada saat ini. Aku kini berada dalam keadaan yang tidak stabil seperti berjalan di atas dawai yang halus, untuk mengurangkan kesakitan dugaan yang sedang aku hadapi pada kali ini aku perlu mendengar masalah daripaa mereka yag lain yang sedang di uji, apabila aku dapat menyelesaikan masalah mereka dan melihat mereka tersenyum setelah masalah mereka selesai barulah aku akan dapat menyelesaikan masalahku pula. Malangnya aku sukar untuk berkongsi masalahku dengan orang lain kerana dalam hidupku dari kecil telah ku pendamkan 'DON'T TRUST OTHER' kerana pengalamanku semasa membesar amat menyakitkan, ya pasti akan ada yang mengatakan ada orang lain yang menghadapi dugaan yang lebih besar daripada yang sedang aku alami, namun saat aku berfikir seketika jika ada yang menerima pengalaman membesar seperti yang aku terima pasti air matannya tidak akan mampu keluar lagi pada hari ini. itu kisah lama yangtelah menjadi pedoman hidupku, andai aku di takdirkan hidup keseorangan di dalam dunia ini aku lbih rela menerima syahid sebagai pengakhir hidupku. aku tidak pernah terbayang akan memiliki seorang wanita yang akan menyerikan hidupku dan aku tidak kisah jika tiada gadis yang ingin memilihku sebagai teman hidup mereka kerana aku sendiri sedar akan kelemahan diriku, namun jika aku mempunyai seorang isteri pasti bukan mudah untuk aku melepaskannya pergi daripada hidupku, aku hanya menyerahkan hidupku kepadanNYA agar mendapat berkat dan keredhaanNya, aku tidak menulis terlalu lama kerana mengalamikejatuhan yang agak teruk dan semoga aku dipermudahkan menghadapi dugaan ini.
sekian sahaja tulisanku kali ini
                                                                                                                                   4/3/2011

Wednesday, February 23, 2011

Berfikir sejenak

Hari ini aku nak bincangkan tentang salah sangka, kita selalu menyalahkan orang lain apabila kita ditimpa musibah tidak kira kecil ataupun yang besar, pernahkah kita berfikir sejenak walaupun untuk sesaat dan menerima kenyataaqn untuk menyatakan bahawa ianya berlaku kerana silap yang telah kita lakukan sendiri?. Rasulullah S.A.W telah bersabda "sesungguhnya berfikir untuk sesaat adalah lebih baik daripada beribadat seribu tahun", ini telah membuktikan bahawa dalam islam sekalipun kita harus menggunakan akal semaksimum yang mungkin sebelum kita bertindak menggunakan fizikal contohnya di dalam setiap keputusan yang dikeluarkan oleh para mujtahid islam pada hari ini, mereka akan berkumpul dan mengadakan perbincangan sebelum mereka mengeluarkan fatwa bagi menyelesaikan sesetegah percanggahan. Jika mereka yang berilmu pun masih menggunakan akal untuk mendapatkan sesuatu keputusan jadi mengapa kita pada hari ini terutamanya golongan remaja mengambil tindakan tidak menggunakan akal?, sebaliknya jika mempunyai sedikit masalah hanya tahu menyalahkan orang lain tidak pernah mengaku bahawa masalah itu berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita berada didalam keadaan yang selesa sehinggakan kita lupa kepadaNya ini akan menyebabkan kita sedikit pun tidak akan mengigati bahawa antara tanda Allah menyayangi hambanya adalah dengan memberikan ujian kepada hamba-hambanya dan beruntunglah hidup mereka yang sering dilanda ujian daripada Allah s.w.t. Pada akhir zaman ini manusia kebanyakannya hanya mengejar kebendaan kesenangan hidup sehinggakan mereka lupa bahawa islam mengajar pengikutnya untuk hidup dalam keadaan bersederhana dan bukannya bersenang -lenang sehingga melupakan perkara-perkara yang lain. Jika kita mempunyai sebarang masalah haruslah kita menyelesaikannya juka ia tidak mampu untuk diselesaikan secara berseorangan maka carilah sahabat atau kenalan yang rapat untuk meluahkan permasalahan yang dihadapi, dengan cara ini kita akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan mudah, tetapi pastikan sahabat tersebut adalah dikalangan mereka yang boleh dipercayai dan bukannya mereka yang kita kurang kenal kerana dikhuatiri masalah kita akan diceritakan kepada orang lain pula dan keaiban kita akan dihebahkan secara meluas. jika hendak menjadi orang yang berjaya maka kita haruslah banyak menggunakan akal daripada menggunakan fizikal kerana akal adalah sistem yang mengerakkan fizikal dan jika disalah guna mungkin akan memudaratkan diri sendiri, kata pepatah melayu 'taat biar bijak,patuh harus pintar' jika ini menjadi amalan hidup kita atau mind set kita maka kita dapat mengelakkan perbalahan dan persengketaan sesama manusia yang disebabkan oleh kita yang tidak mahu menerima kesalahan kita sendiri, jadi sama-samalah kita fikirkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata musnah binasa'.
jadikanlah yang baik itu amalan dan jadikanlah yang buruk itu sempadan,
sekian terima kasih.
                                                                                                                                               23/2/2011

Tuesday, February 22, 2011

Allah Maha Mengetahui segalannya....

Assalamualaikum sumer...
Aku hidup adalah untuk mengenal dan memahami kehebatanNya, setiap hari aku akan berusaha untuk mencari seberapa banyak sahabat-sahabat yang sedang dilanda ujian daripadaNya. Alhamdulillah setakat ini aku diberikan kelebihan bagi mengenal mereka yang sedang dilanda ujian, tetapi malangnya sehingga kini aku masih belum mendapat keberanian untuk bertanya secara terus daripada mereka yang sedang diuji mungkin kerana aku masih kurang keyakinan, namun semangatku hanya akan datang setelah aku berjaya menyelesaikan masalah mereka-mereka yang sedang di uji tersebut. Sekiranya aku tidak mendengar dan menyelesaikan masalah tersebut aku akan berasa puas sehinggakan kadang-kadang aku akan tersenyum puas dan bersyukur kerana dapat membuat sahabat-sahabatku tersenyum kembali. Namun ada perkara yang aku tidak suka saat cuba menyelesaikan masalah mereka ialah apabila mereka menyatakan "dah mula bertazkirah dah" atau "alimnya dia" aku sangat tidak boleh terima apabila ayat itu ditujukan kepada aku, mengapa aku tidak boleh terima adalah kerana aku tidaklah sebaik yang mereka sangka, aku mungkin adalah antara mereka yang paling jahat  antara yang paling jahat di dunia ini kerana aku telah banyak melakukan dosa dengan menzalimi diriku sendiri. Namun hari ini aku berasa sedikit bersemangat kerana aku bersyukur aku telah mula mendapatkan semangatku semula kerana ada sahabat-sahabatku yang memberi kepercayaan mereka kepadaku untuk menceritakan ujian yang sedang mereka alami, lalu saat itu aku akan berasa bersyukur kerana pada akhir zaman ini Allah masih menjaga makhluk ciptaannya, kerana setiap manusia yang menerima ujian itu adalah mereka yang disayangi oleh Allah. Aku berharap semua sahabat-sahabatku yang sedang dilanda ujian dapat bersabar dan mengambil ujian yang sedang dihadapi itu sebagai titik perubahan dalam hidup mereka untuk meneruskan hidup ini, "sesungguhnya Allah tidak akan menguji jika makhluknya tidak mampu menghadapi ujian tersebut". Jadi usahlah kita berfikiran buruk saat kita dilanda ujian, terimalah ia sebagai pembakar semangat bagi meningkatkan tahap kendiri diri disamping itu kita juga harus sentiasa memuhasabah diri ketika di uji oleh Allah, Sama-sama lah kita fikirkan, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri sayasendiri..
sekian terima kasih
                                                                                                                                       23/02/2011

Sunday, February 20, 2011

Luahan Hatiku

Kita selalu menganggap diri kita sempurna sehinggakan kita lupa bahawa kita nie hanyalah seorang hamba yang telah lupa pada penciptanNya, adakah kita sangka dengan apa yang kita miliki selama ini menandakan yang kita telah benar-benar sempurna?, kita hanya menyangka bahawa apa yang kita lakukan selama ini sudah memadai untuk mendapatkan penghargaan daripada manusia, ini adalah sesuatu yang salah kerana keberkatan Allah bukan datang kerana kita merasa megah dengan apa yang telah kita lakukan sebaliknya ia datang setelah kita dapat mengikhlaskan hati dengan apa yang kita lakukan, pujangga ada mengatakan 'sesuatu yang besar pada mata makhluk belum tentu ia besar pada pandangan Allah, manakala sesuatu yang kecil pada mata manusia belum pasti ia kecil pada pandangan Allah'. Bukalah mata dan dalami hati kita sendiri apakah selama ini segala perbuatan yang telah kita lakukan dan perkerjaan yang telah kita selesaikan adakah hati kita benar-benar mengikhlaskannya?, atau selama ini kita hanya lakukan semua itu bagi mendapatkan perhatian manusia dan bukannya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Hari ini aku telah melakukan sesuatu yang paling aku minati, namun hatiku merasakan ada hati lain yang tidak suka dengan apa yang telah aku lakukan, selama ini apa yang kulakukan hanyalah untuk melihat mereka puas dan gembira dengan menikmati hasil ciptaanku ini, namun aku tidak mengerti mengapa harus ada hati yang tidak menyukai apa yang telah kulakukan kali ini, bukannya aku minta mereka membalas apa yang telah kulakukan, hanya aku ingin melihat mereka tersenyum saat menikmati apa yang telah aku sediakan. Terbuktilah kata-kata cendiakawan dahulu 'kita tidak akan dapat memenuhi kehendak hati semua orang kerana kita hanyalah manusia biasa',semoga semangatku yang semakin nazak selama ini akan kembali pulih agar aku dapat berdiri semula dan melaksanakan tengunggjawab yang telah digalaskan di bahu ku selama ini, aku bersyukur kerana dengan anugerah yang diberikan kepadaku ini dapat menghilangkan segala kesulitan yang aku miliki Alhamdilillah, sesungguhnya Allah maha hebat dalam menciptakan sesuatu, ia menjadikan makhluknya saling memerlukan bagi memenuhi fitrah hidup mereka.
Sekian coretan kali ini...
                                                                                                                                              20/02/2011

Saturday, February 19, 2011

Khas Untuk Pujaan Hatiku

Indah pagi kerana cntiknya matahari,
Malam menawan kerana pancaran bulan,
petang yang tenang kerana suasananya terang,

Hari ini aku merasakan seperti ruang hati ini semakin mengecil kerana kasih-sayang yang selama ini menjadi pemberatnya semakin berkurangan kerana telah digunakan sebagai pengubat rindu kepada orang yang paling kusayang, oleh kerana dia orang pertama yang ku benarkan menerjah kedalam hati ini jadi aku memberi kepercayaanku sepenuhnya kepada dirinnya, namun ada ketikannya saat bisikan azazil yang tidak pernah henti itu mula berbisik ia mampu menimbulkan sedikit kesangsaian kepadannya yang berada jauh dari pandangan mataku ini. Namun adakah dia perasan bahawa perubahan yang kulakukan ini adalah untuk mendapatkan perhatian daripada dirinnya?. Aku tidak mahu dia pergi mencari yang lain kerana aku ingin dia tahu bahawa diri ini hanya akan menerima dia sbagai surinku kerana hatiku telah tertambat pada simpulan yang ketat sehinggakan aku tidak mampu lagi merungkainya, setiap hari aku akan mendoakan keselamatannya,kebahagiaanya, dan kejayaannya suatu hari nanti begitu juga terhadap diriku ini.  aku sering membuat dia menangis bukan kerana aku  ingin dia membenci diriku ini, tetapi kerana aku ingin dia mengetahui sifat-sifat yang mungkin aku lakukan setelah aku bersamannya kelak, aku juga sering mengusarkan hatinya terhadap kasih-sayang dan kesetiaan yang dia berikan terhadapku selama ini berkali-kali, namun itu bukan aku lakukan bagi membuatkan dia kena darah tinggi, sebaliknya aku lakukan bagi melihat sendiri adakah dia mampu menahan fitnah dan godaan yang akan melanda diriku di masa akan datang. Aku juga sering menyatakan nada serius dan tegas kepadannya saat dia melakukan kesalahan atau kesilapan sama ada yang kecil dan yang besar, itu juga bukan sengaja aku lakukan mengikut nafsuku sebaliknya aku ingin mengigatkannya saat kesalahan itu berlaku ia memang kecil kerana aku ini hanya kekasihnya, namun setelah kita bersama kelak kesalahan yang kecil itu mungkin menjadi besar dan tidak mustahil akan menjadi dosa kerana saat itu aku adalah suaminnya. Aku tahu dia terpaksa menerima sifat cemburuku yang terlalu melampau itu, tetapi ingatlah wahai sayangku sesungguhnya sifat cemburu itulah pengikat didalam sesebuah perhubungan,jika aku membiarkan dirimu berlegar-legar dan bergaul rapat bersama mereka yang todak aku kenali itu bererti aku tidak menyayangi dirimu sepenuh hatiku, aku cemburu kerana dirimu kelak bakal menjadi isteriku yang sah dan bakal menjadi makmumku, maka harus bagiku memastikan dirimu tidak terjebak dengan mereka-mereka yang kau dan aku belum pasti lagi latar-belakangnya.. Fikirkanlah sayangku andai kata-kataku ini salah dan menjadi pertikaian buatmu aku memohon maaf kerana ini adalah kehendak diriku untuk mencari wanita  sesuai buatku bukan yang sempurna pada pandangan dunia sebaliknya sempurna pada pandangan Allah dan selesa pada pandanganku.
Sekian sahaja untuk kali ini 
                                                                                                                                                  19/2/2011

Wednesday, February 16, 2011

Pengembaraan Bermula

Hari-hariku kini menjadi sunyi, aku kian menyendiri menghayati segalanya yang telah terjadi. Satu persatu ujian menimpa diri seperti hujan mencurah kebumi, apabila ia turun akan terus bertalu-talu begitu lah jua apa yang menimpa diriku pada kali ini, namun aku tahu, perjalananku masih jauh jika aku berpaling sekarang sudah pasti aku akan ketinggalan dibelakang. Harus ku tekadkan semangat, tingkatkan usaha bagi mencapai kejayaanku perjuangan ku ini bukan untuk diriku, tetapi untuk membayar segala jasa-jasa ibu dan bapaku yang teringin melihat anak mereka berjaya. Tidak mereka tagih harta kekayaan ku, tidak mereka tagih pengorbananku tetapi mereka hanya ingin melihat kain putih yang mereka corakkan dahulu menjadi indah lebih indah daripada sutera hingga menjadi rebutan setiap insan yang melihatnya. Dari kecil inilah tujuan hidupku memberi kebahagiaan kepada orang lain kerana aku gembira dan damai saat dapat menghilangkan duka dan sengsara seseorang. Aku bersyukur kerana aku masih dibenarkan untuk bernafas di dunia ini walaupun telah banyak dosa dan kezaliman terhadap jasad ini yang telah kulakukan. Aku tetap tidak akan berputus asa dan menyerah kalah aku akan meneruskan perjalanan ini biarpun dalam keadaan sunyi atau sepi, biar gelap atau gelita, hujan atau panas akan tetap ku melangkah ke hadapan sehingga apa yang di hajati oleh kedua ibu dan bapaku berjaya ku berikan. semoga niat ku ini mendapat keredhaan-NYA.
Amin..
                                                                                                                                       17/2/2011

Harapan Yang Berlalu...

Assalamualaikum..
Kita selalu mengharapkan sesuatu atau inginkan sesuatu, kadang-kadang kita merencanakan sesuatu dengan penuh cermat dan teliti dan sampai ke suatu tahap kita begitu yakin apa yang kita idam-idamkan itu sudah pasti akan menjadi kenyataan. Namun pernahkah  kita berfikir sejenak disaat keyakinan sedang memuncak, disaat kepastian telah mengatasi segala-galanya bahawa apa akan terjadi sekiranya apa yang kita tagihkan itu tidak menjadi kenyataan?. Sudah pasti kita akan dilanda kesedihan atau kekecewaan sehingga mampu meruntuhkan empangan yang menahan air mata kita selama ini, namun pernahkah kita berfikir sejenak, berdiri dihadapan cermin melihat mengapa harus air mata ini mengalir, mengapa harus hati ini terasa sakit?. Sekiranya kita hayati kembali sudah pasti muhasabah diri itu akan menenangkan hati ini, adakah kita memohon kepada-NYA bagi mendapatkan keberkatan daripada-NYA, adakah kita sudahi solat fardhu kita dengan tangisan kesesalan atas segala kesalahan yang telah kita lakukan selama ini kepag da-NYA?. Marilah kita sama-sama menghadap cermin yang sama, melihat apakah kesilapan ,kekurangan dan kelemahan diri kita yang harus kita perbetulkan, sikap-sikap kita yang perlu kita cantikan, amalan-amalan kita yang perlu kita sempurnakan. Bukan menulis untuk mengkritik tetapi menulis hanya untuk mengigatkan yang menulis dan yang membaca agar kita tidak jatuh jauh kedalam gaung yang tiada penghujungnya hingga tiada tali yang mampu menarik kita keluar semula.Ingatlah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menyayangi setiap makhluk ciptaannya  dan  tidak mungkin dosa kita walau sebesar mana sekalipun tidak akan dimaafkannya sekirannya kita bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat iaitu taubat nasuha...
Ini sahaja tulisan buat hari ini 'yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kekurangan saya sendiri'. sebarang pendapat dan idea sila kemukakan.
SEKIAN TERIMA KASIH
                                                                                                                                               16/2/1011

Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRANMU YA RASULULLAH...

Assalamualaikum...


12 rabiul awal adalah tarikh keramat bagi seluruh umat islam, pada hari yg indah ini lahirnya pesuruh Allah sebagaimana yang telah ditulis di dalam kitab-kitab yang terdahulu sebelum turunnya Al-Quran. semoga seluruh umat islam akan menghargai dan menghayati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda. cuti yang diberikan seharusnya digunakan untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda namun ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak pada hari ini, cuti yang diberikan dianggap seperti cuti-cuti menyambut perayaan yang lain. Bukannya Rasulullah meminta kita menyambut hari lahir baginda setiap tahun, bukannya wajib dan bukannya sunat. Namun sebagai umat yang banyak terhutang jasa kepada Baginda haruslah kita memperingati baginda setiap cinta, bukankah pada hari akhirat kelak syafaat baginda yang menjadi tagihan kita bagi melangkah ke syurga. Syarat utama kesyurga ialah taat pada perintah Allah dan patuh pada sunnah Rasulullah. Jika kita semua dapat memanfaatkan hari yang bersejarah ini derngan amalan-amalan yang sepatutnya InsyaAllah catitan amalan kita akan bertambah dan timbangan kita pada hari akhirat kelak akan semakin berat ditambah dengan syafaat baginda...

tidak sayangkah kita pada manusia(Rasulullah) yang telah mengorbankan segalanya yang dimili oleh baginda untuk kesenangan umatnya hinggakan saat baginda hendak nazak sekali pun baginda masih lagi memohon kepada Allah supaya kesakita sakaratulmaut yang akan dilalui oleh umat-umatnya semuanya diserahkan kepada Baginda. Alankah hebatnya cinta baginda kepada umat-umatnya namun kita sebagai umatnya pada hari ini hanya mengambil lewa segala pesanan-pesanan baginda. Pernahkah kita berfikir sejenak walaupun sesaat "Adakah kita layak untuk mendapat syafaat baginda pada hari akhirat kelak???." Semoga kita sama-sama dapat menggunakan kelapangan yang diberikan ini untuk menghayati dan memperingati sejarah serta pengorbanan baginda dan mengamalkan segala sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan oleh baginda InsyaAllah...

sekian sahaja coretan pada hari ini semoga kita sama-sama mengambil iktibar... 
14/2/2011