Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Monday, July 15, 2013

merindui seseorang sepertinya

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Apa itu CNT?

CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.

Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.

Teknologi NANO.

Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "damarcus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.

Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12.

Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Wallahua'lam.

Wednesday, July 10, 2013

kata seorang sahabat

 "Lelaki yang soleh takkan rebah kerana seorang wanita. 

Tanamkan cintamu kepada Allah. 

Sematkan benih kasihmu pada Rasulullah. 

Jika dirimu tersungkur kerana wanita, bagaimanakah dunia yang sepatutnya dipimpinmu ini akan menjadi aman?”

Teguhkn perisaimu wahai lelaki. :)

Tuesday, July 9, 2013

sahabat

rakan2 seperjuangan kini telah semakin jauh meninggalkan aku di sini. merindui mereka membuatkan setiap kenangan bersama mereka akan terngiang kembali, di mana dan bagaimana keadaan mereka ketika ini, semoga semuanya berada di dalam keberkatan Ilahi, itulah adat bagi setiap pertemuan ia akan berakhir dengan perpisahan yang menyedihkan namun akan terselit senyuman di sebaliknya. mereka telah membantu dan memberi semangat kepadaku selama ini, tidak henti mendorong aku untuk bersama - sama mencapai kejayaan, walau apa pun yang terjadi tidak akan aku hancurkan impian yang telah kami cipta bersama, kesusahan dan kesenangan yang kami bina ini hanyalah untuk di kenali sebagai ikatan keakraban sebuah persahabatan. aku akan terus mendoakan kejayaan mereka agar suatu hari nanti dapat mereka berbakti kepada agama,bangsa dan negara mereka sendiri. semoga pertemuan dan perpisahan ini semata - mata kerana Allah dan kami mendapat rahmatnya. aku tidak berasa marah atau cemburu atas kejayaan mereka namun setiap kejayaan yang di capai oleh mereka adalah pembakar semangatku untuk menjadi seperti mereka. semoga suatu hari nanti kami akan bertemu lagi bersama kajayaan yang kami impikan selama ini.. selamat tinggal kawan, walaupun jasad tidak bertemu, mata tidak bertentang lagi, namun kita tetap kekal di dalam ingatan kerana kita adalah SAHABAT...

Monday, July 8, 2013

ramadhan

telah tiba satu bulan yang sungguh bermakna
di dalam bulan tersebut terkandung berbagai azimat lagi manfaat
anugerah Pencipta kepada semua hamba
yang rajin mencari pasti akan menemui
suatu keajaiban yang sungguh istimewa
tidak mampu di luah dengan kata - kata
hanya jiwa yang akan bergetar
hanya hati yang akan tenang 
hanya tangisan yang mampu menjawab semua rasa itu
Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang
pada ketika inilah apa yang tidak di sangka akan menjadi nyata
pada ketika inilah pengabdian itu terasa sungguh bermakna
dan kebanggaan menjadi seorang hambaNya membuatkan kami teruja
syukur yang tidak terhingga kerana telah di kurniakan sebuah bulan yang MULIA ini
sungguhpun kami sering menzalimi diri ini, akan tetapi nikmat yang di beri tidak pernah berhenti.
jika hendak kami menghitung segala kemewahan & kesenangan yang telah kami perolehi selama ini
tidak akan mampu kami mengembalikanya walaupun dengan seluruh usia kami.

YA ALLAH JADIKANLAH  KEPADA KAMI RAMADHAN YANG AKAN TIBA INI SEBAGAI SATU BULAN YANG AMAT BERMAKNA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA, TERUTAMA SAUDARA - MARA KAMI YANG SEDANG BERJIHAD DI JALANMU, PERMUDAHKANLAH MEREKA MENEGAKKAN AGAMAMU DAN MENCAPAI SYAHID, DAN BUKALAH PELUANG UNTUK KAMI SAMA - SAMA BERJIHAD BERSAMA MEREKA KERANA KAMI LEBIH MENCINTAI MATI SAMA SEPERTI KAUM PELAMPAU ITU MENCINTAI HIDUP, MATIKAN KAMI DI DALAM REDHAMU DAN JANGAN PULA DIKAU BENARKAN KAMI HIDUP DI DALAM KEMURKAAN MU.. SEMOGA RAMADHAN KALI INI ADALAH LEBIH BAIK BAGI KAMI DARI RAMADHAN LALU YANG TELAH KAMI SIA - SIAKAN, AMPUNILAH SEGALA DOSA KAMI WAHAI SANG KHALIQ.. 

Sunday, July 7, 2013

terfikir..

kita mungkin mampu membenci mereka yang tidak bersefahaman dengan kita, namun kita tidak boleh membenci diri mereka iu kerana manusia itu tidak sempurna. sebagai seorang anak, ibu bapa adalah segalanya di dalam dunia ini, bagi diriku sendiri mereka akan selamanya aku jadikan tunjang perjalanan ku, kerana jasa mereka dan pengorbanan mereka tidak mampu ku balas selamanya, Ya Allah, berikanlah segala kemudahan dan kemewahan syurga kepada kedua mereka agar bahagia kekal bersama mereka selamanya kerana itulah yang selayaknya buat mereka... aku akan cuba melakukan sesuatu yang selayaknya buat mereka. wahai tuhanku, ssungguhnya sejahat mana pun kedua ibu bapaku, merekalah yang telah membesarkan aku dari kecil sehingga dewasa, pengalaman mengajarku pelbagai erti kehidupan, mata kini telah menunjukkan ap yang harus ku lihat dan telinga ini telah memperdengarkan apa yang perluku dengar, dan penilaian itu telah dapat ku lakukan dengan cukup matang dan waras, tiada antara mereka yang mampu memeberikan apa yang di perlukan oleh kedua ibu bapaku, namun mereka mempunya kelebihan yang berbeza antara kami semua yang mana setelah ku nilai, jika ia dapat di gabungkan, pasti kebahagiaan buat mereka akan dapat di rasai oleh ibu bapa ku kelak, namun tiada siapa tahu bila hari itu akan menjelma, selagi            
ego menguasai kami, maka selama itulah penderitaan ini terpaksa di ratahi oleh kedua ibu bapaku, dalam senyum buat semua anak - anak mereka, tanpa kami ketahui, tangisan mereka yang menemani mereka sebelum mata mereka terlelap, apa yang mampu kulakukan untuk menghentikan penderitaan mereka ini, jika kematianku mampu membuatkan mereka semua mampu kembali bersatu, aku lebih rela mati daripada turut sama di dalam kesedihan yang di hadapi oleh orang yang paling ku cintai.. semoga suatu hari nanti, akan tiba masanya kami semua bersatu kembali... kematian itu adakalanya membawa kebaikan...

Thursday, July 4, 2013

???

Sesungguhnya Allah itu Maha bijaksana dalam merancana sesuatu bagi hambaNya. Aku telah mendapat suatu pendidikan baru hari ini bahawa manusia itu tidak pernah sempurna mesikpun kita memberi kepercayaan kepadanya setelah mengenalinya selama puluhan tahun pasti adakalanya ia akan melakukan kesilapan. Sebagai seorang manusia kita harus sentiasa berhati - hati dan waspada atas setiap perlakuan hidup ini, kita harus peka terhadap persekitaran kita kerana sesuatu yang aneh itu adalah kuasa Allah, tiada yang mustahil bagiNya yang telah menciptakan langit dan bumi serta seluruh isinya tanpa memerlukan bantuan dari sebarang makhluk. Allah telah memberi kita pengajaran di dalam pelbagai cara dan ketika sama ada ianya secara langsung atau secara tidak langsung, Dia memberi mengikut keperluan, teringat pesan seorang guru yang menyatakan 'Apa yang kita perolehi itu adalah bukan milik kita, seba;iknya milik mereka yang berada di sekeliling kita' itulah pesan yang akan menjadi nasihat semasa aku berjalan di atas muka bumi ini, jika hati itu teguh dan bulat kepada Allah, perkara yang besar akan menjadi kecil, jalan yang berliku akan menjadi lurus, kepeningan yang meruncingkan akan menjadi ketenangan tanpa kita duga, kerana Allah itu Maha berkuasa di atas sesuatu. kita hanya perlu yakin dan bertawakal serta percaya bahawa Dia yang memberikan ujian lalu Dia jualah yang akan memberikan kita kemudahan untuk menghadapi ujian tersebut, hanya bergantung pada waktu yang kita ambil untuk berfikir adakah wajar sesuatu tindakan itu kita ambil. setiap tindakan akan memberikan kesan kita harus melapangkan fikiran untuk memikirkan sama ada kita akan melahirkan kesan yang baik atau sebaliknya atas sesuatu tindakan yang di ambil, kematangan seseorang insan bukannya terletak pada kebijaksanaan ia berkata - kata, mahupun kehebatab ia berpidato dan menyampaikan sesuatu, sebaliknya kematagan seseorang itu jelas apabila dia bijak melahirkan tindakan yang memberi banyak manfaat kepada yang lain.

terdapat 3 jenis kumpulan air
1. air mineral yang di tuang di dalam cawan yang boleh di minum oleh semua orang.
2. air ineral yang di tuang di dalam cawan kemudian di masukkan ke dalam mulut oleh pemiliknya, lalu di keluarkan semula kedalam cawan dan hanya pemiliknya yang sanggup/boleh meminum air tersebut kembali.
3. air mineral yang di tuangkan ke dalam cawan lalu di celupkan jari yang kotor kedalamnya dan tidak boleh di minum oleh sesiapa pun, samada orang lain mahupun tuanya sendiri.

setelah membaca artikel tersebut, anda pilihlah anda ingin menjadi seperti jenis air yang bagaimana??? kerana masa depan anda terletak di tangan anda sendiri, masa depan bukan hanya menuju ke arah mencapai pekerjaan dan kehidupan yang baik, akan tetapi menuju akhirat iaitu alam yang kekal kelak, ke mana hala tuju kita, sama ada ke syurga atau sebaliknya.. semoga kita semua di tempatkan di dalam Al-Firdaus bersama mereka yang telah terpilih, InsyaAllah...

yang baik itu datangya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari dalam diri saya sendiri, semoga sedikit sebanyak, kita memperolehi sedikit manfaat dari artikel ini...
Assalamualaikum...

Wednesday, July 3, 2013

KENANGAN

ada ketika tanpa kita sedari apa yang kita lakukan itu adalah suatu kenangan yang terindah dan adakalanya juga ianya adalah kenangan yang menyedihkan. semua itu tidak mampu kita tafsirkan ketika sedang melakukannya, akan tetapi segala kenangan yang tersebut akan membuatkan kita menangis dan ketawa saat kita sedang bersendirian tanpa kita sedari. kita sangka segalanya akan kekal selamanya, kebahagiaan,kesedihan,senda gurau,suka dan duka, namun kenyataanya ianya hanyalah seperti coretan dakwat yang mengisi kekosongan ruang putih yang kosong. dengan hadirnya coretan tersebut, ruang kosong akan menjadi lebih bermakna walaupun ianya tidak seindah mana, namun suatu hari nanti apabila semuanya telah tiada ia mampu memberikan 1001 makna yang tidak pula dapat di rungkai dengan kata-kata melainkan rasa. ini lah yang di namakan KENANGAN bersama seseorang atau rakan - rakan walaupun sebentar, ia tetap akan menyimpan sedikit kenangan bersama mereka walaupun ianya memedihkan namun akan tetap kita ingati suatu hari nanti dan tidak mungkin yang pahit itu akan membuatkan kita tersenyum menggantikan kepahitan yang di rasa. hidup ini sememangnya suatu perjalanan minda yang mengerakkan jasad lalu di manipulasi perasaan sehingga ia sungguh hebat (SUBHANALLAH). ciptaan yang Maha esa yang tidak mampu di ubah mahupun di bentuk oleh manusia yang lain, oleh itu, selagi kita mampu berjalan dan menuju kehadapan, ayuh teruskan berjalan kerana suatu hari nanti, apabila kita sudah tiada daya untuk berjalan lagi mampu kita berhenti dan menghayati sepanjang perjalanan ini dengan kepuasan yang tidak mampu ditakrifkan dengan sebarang kata - kata mahupun makna yang barganda... Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Tuesday, July 2, 2013

tugas kita

'befikir sesaat adalah lebih baik dari melakukan ibadah sunat selama 1000 tahun'
umar al khatab...
tahukah kalian bahawa ilmu dan ibadah mempunyai 1 ikatan yang sangat erat sehinggakan ianya tidak dapat dipisahkan  selamanya. namun kita yang berilmu dalam ibadah haru lebih bijak menggunakan ilmu yang dimiliki di dalam mengajak mereka yang lain untuk bersama - samam dalam melakukan ibadah. pada hari ini kita tidak boleh mengharapkan hanya orang yang akan mencari kita, sebagai orang yang berilmu, tidak menjadi suatu kesalahan jika kita sendiri pergi mencari anak murid.pada pandangan saya, untuk mendapatkan peghormatan dari manusia lain, kita sebagai orang yang berilmu harus lebih dahulu memberikan penghormatan kepada orang lain tanpa mengira akhlak atau perwatakan mereka. Islam itu sebuah agama yang indah lagi mudah, tidak ia menyiksa apalagi menzalimi penganutnya. Allah memberikan sebuah agama yang sesuai seiring dengan kehidupan manusia sehingga hari Kiamat jadi mengapa perlu kita lupa dan alpa atau sengaja membutakan mata dengan mencari jalan yang lain sedangkan di penghujung setiap pencarian Islam menunggu di hujungnya. Berapa ramai tokoh ilmuan,agamawan yang mengkaji dan mencari kebenaran dengan melalui jalan yang lain akhirnya menemui islam di destinasi yang di tuju dan berapa ramaikah mereka yang beragama islam dari kalangan agamawan,ilmuan yang mengkaji mengenai agama lain keluar dari ISLAM??? tiada lagi di dalam sejarah. ini sudah terbukti bahawa Islam adalah agama yang benar lagi tepat untuk di'anuti. Bagaimana pula kita sebagai umat islam sendiri, mengapa kita tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba yang taat kepada PenciptaNya??? ini kerana kita tidak pernah ingin menemui apalagi mencari Allah ketika kita di landa sebarang masalah, kita terlalu angkuh menyatakan kita tidak memerlukan sebarang bantuan dari yang lain untuk meneruskan hidup ini. kita menyangkakan bahawa kita mampu hidup dengan tenang tanpa bantuan dariNya. Sedarlah sesungguhnya kita hanya sedang membohongi diri kita sendiri, kita lupabahawa kita ini hanyalah hamba, kita lupa kita hidup hanya meminjam segala nikmat dari Allah.. ya, mulut dan fikiran kita masih menidakkan semua ini, kita berasa tidak selesa dengan semua ini, kita menyatakan semua ini adalah karut kerana apa??? kerana jauh di sudut hati kita titik perubahan telah tersentuh, titik seorang hamba telah tersentuh, kehendak roh yang dahagakan zikrullah, kehendak jiwa yang telah lama mengidamkan ketenangan sudah mula memberontak... Terpulang kepada kita sendiri sama ada masih mahu akur pada hasutan syaitan dan bisikan nafsu yang tidak henti ingin menyesatkan kita, atau hidup bebas memilih laluan yang hak yang di dambakan oleh hati dan keinginan kita sendiri.. Allah tidak pernah meninggalkan hamba yang sentiasa mengigatinya walaupun sekelip mata.. siapakah yang lebih hebat dari tuhan yang menciptakan langit dan bumi ini, yang tidak pernah beranak atau diperanakkan?? yang tidak pula berhenti membuka pintu pengampunan pada waktu malam untuk mengampunkan hambanya yang melakukan dosa pada waktu siang, dan membuka pintu keampunan pada waktu siang untuk mengampunkan hambanya yang melakukan dosa pada waktu siang.. jadi bolakah sebenarya tuhan itu bersifat kejam dan menzalimi hambanya??? tidak rosak seseorang manusia itu melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka dengan tangan mereka sendiri... kita fikirkanlah.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha penyayang.. Kematian tidak pernah menunggu kita, kita masih mampu memikirkan soal dunia sedangkan malaikat menjenguk kita 70kali sehari semalam.. dimana persediaan kita???

saya hanya mengisi masa lapang dengan sedikit coretan yang mungkin berguna sebahagian mereka di luar sana, atau mungkin juga sia - sia kepada sebahagian lagi. semoga ramadham yang bakal menjelma ini dapat mengajarkita untuk mendapatkan sedikit ketenangan didalam hidup..

Assalamualaikum..

Monday, July 1, 2013

sunyi

apabila keseorangan kesunyian akan melanda, dan apabila kesunyian terasa sungguh sepi, bagaikan burung yang berkepak sebelah sahaja. tiada apa yang mampu di lakukan melainkan menghilangkan perasaan itu dengan pelbagai cara dan kaedah seperti bermain game, menonton video atau mendengar muzik. akan tetapi sekiranya kesunyian itu terhasil dari kerana berjauhan atau kehilangan seseorang yang di kasihi maka perasaan yang lebih mendalam akan di rasai bagai daging yang di hiris sehingga ianya terputus dan tidak akan bersambung lagi.. pedihnya bagai tercucuk tulang ikan semasa makan yang mana sakitnya akan berkekalan beberapa ketika dan jika di biarkan mungkin juga ia akan menyebabkan nanah sekiranya rawatan tidak segera di ambil. begitulah perasaan hati apabila ianya kesunyian dan berada di dalam kesepian. mengapa perlu berterusan merasai begitu?? ini adalah kerana sesuatu hubungan itu terhasil dari kenangan yang di lalui bersama kasih sayang yang mendalam membuatkan kita semakin sakit dalam rindu. itulah hakikatnya sebuah kesepian itu..  pandangan anda pula bagaimana???

Thursday, March 7, 2013

mimpi adalah suatu misteri, nmun stlah di ungkai baru ak ktahui ianya adlah nugerah ilahi... mndkatkan yg sdang berjauhan, mnmukan stiap perpisahan, serta menerangkan segala penceritaan. Dia adalah seorang wanita yg amt ku kagumi, melalui ombak perjalanan yang tidak berhenti walaupun perjalanan masih jauh, namun sentiasa memikirkan jalan untukterus ke hadapan. ak mengenali dia dengan satu ukiran senyum melafazkan sepatah nama yang indah seperti mana terletaknya nama tersebut pada orangnya. semakin lama aku mengenalinya semakin kuat perasaan ini padanya, walaupun kami terlalu jauh sehinggakan tidak terlihat tentangan mata, tidak tercapai gapaian tangan, namun aku tahu segalanya telah ditakdirkan, tiada yang mampu menahan apa yg telah di rancangkan. semog di permudahkan dalam setiap urusan. dia telah banyak mengajar aku mengenai perjalanan hidup yang penuh duri berapi apabila tersentuh ia bukan sahaja melukakan sebaliknya akan terus melecurkan tubuh ini, aku bersyukur menemui senyuman yg hadir sepanjang masa walaupun tika sepi dan duka melanda, sungguh keras hatinya

dh tulis lama tp x cmpt nk post...hehehehehe...

IsI dIdAlAm HaTi...

selepas maniti malam yang kelam tanpa silauan bulan mahupnkilauan bintang yang bergemerlapan, keseorangan diriku memaksa mata ini terpejam, tanpa di sangka rupanya takdir itu sukar untuk dijangka mentari indah terbit dengan sungguh cerah pada pagi ini membuatkan siulan burung yang merdu menjadi santapan halwa telingaku pada pagi ini, senyuman manis terukir padabibir manis yang sebelumini hanya mengumam tanpa ada kesudahanya, sukaruntuk di terima dan sukar untukakupercaya, namun itulah kenyataanya...
kerana Allah sentiaa adil dan saksama di dalam menyusun percaturan hidup hambanya, bersyukurlah setiap kali kamu di uji, kerana dengan ujian kamu akan mengenal erti kehidupan, dengan ujian kamu memahami keindahann iman, dan dengan ujian kamu semakin dekat pada rahmat tuhan.
Saya hanya mampu menulis namun sebagai manusia yang telah di berikan akal fikiran untuk berfikir, mungkin kamu lebih waras dari saya dalam memahami dan merungkai sesuatu cerita..

bukan merepek suka-suka, tapi memberi peluang kepada anda untuk mengenal zat Sang Pencipta...

8/3/13

sayang atau rindu???

rindu atau sayang???
bagai mana anda ingin buktikannya pada orang yang tersayang???
bagaimana ingin menyatakan kepada orang yang tersayang  betapa rindunya hati ini kepadanya???
bagaimana untuk memebuktikan rasa rindu itu padanya???
rindu xmampu untukdilihat,
rindu xmampu untuk mengikat,
rindu xmampu untuk di julat,
mengapa perlu kita merindui seseorang kalau orang tu tidak pernah mengigati kita walaupun sesaat??? mana mungkin akan hadir dalam hatinya perasaan rindu pada kita ek???
namun sebagai seorang perindu tidak akan terus berhenti untuk merindui sesuatu yang dirindui walau apa pun yang terjadi kerana yang di rindui itu adalah sesuatu yang paling berharga, separuh nyawa telah di taruhkan pada yang dirindui..
Biarlah dia merasai perasaan ini tanpa ku kira sama ada dia menyedarinya ataupun tidak, sama ada dia merasai betapa puncak rindu ku ini telah ku binakan mahligai buat dirinya bertakhta di sana menemaniku memimpin jajahan yang aman dan damai..

sayang
pernah ku ukirkan senyuman di bibirnya dangan ucapan sayang yang terzahir setelah hati ini meyakinkan sesungguhnya dialah yang paling layak untuk mandapat gelaran tertinggi itu, walaupun mungkin di luar sana hadir berjuta lagi yang lebih sempurna darinya, namun kenyataanya dia kini telah sempurna pada pandanganku dan turut menyempurnakan hidupku sepanjang daku bersamanya.. Oleh itu selayaknya ucapan sayang itu lahir buat dirinya...
pernah ditanya beberapa soalanoleh hati yang banyak bertanya...
mengapa sayang dengan hanya terbayang???
adakah sayang jika semuanya hilang???
layakkah sayang walaupun terbuang???
namun selagi aku bernafas pada udara anugerah Ilahi ini, selagi itu akan ku kejari dan lengkapi ucapan sayang itu bersama layanan selayaknya yang harus dia miliki...
jujur sayang itu mudah di lafaz oleh orang lain, namun bgi diriku yang belum pernah mengenalerti sayang, ianya adalah kata keramat di puncak kuasa tiamat yang hanya di lafaz setelah mendaar rahmat dan bukannya keramat.. kerana dia mengajarku untuk menyanyagi sehingga aku memahami namun tidak menguasai ertinya lagi...

semoga kamu faham isi yang di ungkapkan di dalam tulisan ini..
'HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM'
kata hati tidak pernah menipu..
kalau mengikut biar bijak,
jika menurut biar pintar'

mcm nie la lu dh x boleh tidor!!!!
                                                                                                                                               8/3/2013

Saturday, January 19, 2013

Assalamualaikum


IslamTersebar indah seluruh nusantara,membangun ummah hidup merdeka,menguat manusia untuk berjaya,mengangkat yang hina menjadi sama,meletak manusia tiada beza,menjadikan keadilan terus kekal,manusia yang bijak tidak akan terpijak,hasutan durjana yang membawa murka,ummah diserang dalam terang,semua melihat pasti terkujat,kita diperkecilkan tanpa sokongan,lihat sekelilingmu wahai anakku,mereka yang terkorban semuanya pejuang keamanan,untuk menegak tunjang keimanan,kita harus bangkit mencari kebenaran,usah biarkan agama sepanjang zaman menjadi permainan,hapuskan semua biarkan mereka pupus,sinarkan kembali kemanan yang sebenar,kembalikan semula hak milik melalui kemenangan,kerana kita adalah insan pilihan,cintakan mmati daripada kehidupan,berpegang teguh padajanji Allah,bahawa syahid itu jalan mulia,semoga menjadi renungan buat semua,saudara di sana memerlukan pembelaan,bukan tangisan tanpa penamat,titipkan doa buat pejuang fi sabilillah,semoga di tiup semangat gempuran perwira,untuk meneruskan perjuanganmu tanpa mengenal erti jemu..


sekadar berkongsi ingatan diri semoga kita diberi hidayah menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi hari ini, di samping itu kita juga tidak harus melupakan saudara kita yang berada di ambang maut setiap masa, semoga mereka di beri kekuatan untuk terus bertahan. YA ALLAH, tiupkanlah hidayah mu kepada seluruh ketua negara Islam agar di buka pintu hati mereka untuk membantu saudara kami di sana, pernah dikau kilaukan panji islam di seluruh dunia suatu masa dahulu, aku yakin padaMu Ya ALLAH, pasti akan bersinar kembali panji kebenaranMU... ALLAHUAKBAR...

20/1/13

Friday, January 18, 2013

KFC...
td mse ngh dok fkir mcm mner nk kuar time2 hjan lbat mcm nie, tbe2 dpt 1 idea yg pling brnas dlm dnia..
KASI REDAH je la, hehehe, ap lg trus menuju ke kdai mknan sgera (KFC la tu) trus order, xprnh2 tgh ary cri kfc, tbe2 buang tbiat kowt..sdang mkn tgok sumer org dlm kfc tu mkn brpsngan ad ank n bpa, ad suami n istri, ad bf & gf, ad yg mkn ngn kwn2 tbe2 time smpai table ak mkn sorunk2(sdey la skit).. ak abaikn sje, trus ak mkn (SNAKE PLATE) tu smpai hbis.. time bsuh tgn tgok ader plak bdk2 (5org) kt tmpt cuci tgn tgh kre duit tok mkn kfc, alorrr ciannyer, ak tgokkn je diorg p kaunter then order, bler tgok diorg mkn upnyer mkn kntang goreng n cheesy wedges jer... tnye diorg nk mkn aym x, diorg ckp xske mkn aym ske mkn kentang jerrr(ye2 jer) so ak pun trus snyum then blik, lper plak kwn2 ader order tok blikn nsi bungkus...

smbil bwk mtor memikirkn, bdk2 tu ye ker x mkn aym(mcm kne tpoo jer ak nie)

18/1/13

Assalamualaikum sumerrr,

hri ini ku buka mta tnpa ad seri pg, prjlanan ini hrus ku teruskn lg wlaupun ianya tiada penyeri lg,aku xpunya sribu aty utk dkongsi brsma yg dcc,ak hnya mampu memberi kpd dia yg prnah mengtuk pntu aty,stlah d'buka bhgia ak sungguh epy,sprti pg yg punya mthari, ataupun mlm yg mliki buln brseri

nmun smua itu adlh tkdir alam yg Xkn pupus shinggaa kiamat,
akn ttp nsib drku sbg mnusia yg tiada kuasa,
hnya mampu mnrima sgla k'tntuanNya,
ku biarkan ia trus b'lalu, biarpun atyku trasa kaku,
spt pg yg b'snar suram, umpama mlm yg b'chya kelam,
sglanya tlh brubh kni,
prjlnan ini akn t'henti,
ibrat jam dinding yg X berfungsi,
tlh ku cuba mngntikn baterynya,
nmun tiada guna krna ia akn trus b'enty,
mniti mlm yg trus kelam,
mnyusur pg yg x b'seri.


ape yg di repekkn di ats hnylah pnglman seorg shbt yg sdg mnglami dilema...
smoga shbtku sgera bgun smula & sgar mneruskn prjlananya,