Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Wednesday, August 1, 2012

kegembiraan yg mrapu

Assalamualaikum....

hari ini ak telah mempelajari sesuatu yg baru, x semua yg kta fikirkan benar pada fikiran kita adalah benar pada Allah dan manusia yg lain... sungguh sukar untuk mendapatkan suatu kepastian dalam memilih jalan menyusuri liku2 kehidupan. mereka dengan hidup mereka dan ak dgn hidupku, 'xkn sama selangkah serta x kn seiring berjalan' ungkapan yg mudah buat menyelesaikan pemikiran kusut yg membusut sekian lama. sungguh sukar utk memadam sebuah lukisan yang telah siap di lukis. sedangkan lukisan tersebut hanya perlu di buang jika benar2 ingin meneruskan perjalanan yg dulu. bangun sebentar dari lelap dunia, memikirkan persekitaran yg di legari keadaan yg sntiasa mnjangkaui fikiran tnpa ada batas, ilmu harus terus di gali biar sedalam manapun ia harus di cari, tnpa perlu mengira titisan keringat yg bercucuran setiap kali kudrat di kerah, mungkinkah ap yg di hajati bakal di perolehi menggunakan hati nurani? dunia penuh sandiwara, tnpanya ia tiada makna, ini yg tlah mereka pelajari sejak sekalian lama memikir cara bagi memecah kepompong yg memasak diri selama ini... setelah melihat dia bahagia bersama pilihan hatinya, kulepaskan juga walaupun terasa siksa merana hasil dari pilihan ini. tiada manusia yg mahu diri sentiasa di dekati parasit yg memualkan, cukup diriku dpt mengenali mereka ketika hiba menjelma, ini lebih mudah bagi diriku kerana bersama mereka ketika gembira adalah suatu bencana yg amt bsar bgaikan tsunami melanda dunia suatu waktu dulu.cukup bagi ku ap yg tlh ku perolehi pda hari ini, smoga ak bisa mnjadi pohon yg sntiasa menjatuhkn buah walaupun di lempar dengan batu dan kayu, krna stelah buah di perolehi pohon akn kmbli tnang tnpa perlu memikirkn nsib kemudian hari. kesusahan mereka adalah kesusahanku, akan tetapi kesenangan bukan kesenanganku... "CINTAILAH SESAMA MUSLIM SEBAGAIMANA KAMU MENCINTAI DIRI KAMU"

2/8/2012

Sunday, March 18, 2012

selamat malam, hati ialah bahagian tubuh yang paling sensitif, ia mampu memberi kesan yang amat besar kepada seseorang, ia juga merupakan tunjang utama dalam menerajui hidup seseorang selepas akal. ia menyatakan rasa suka,duka,sakit dan perit seseorang. namun ada suatu perasaan yang amat bernilai yang lahir daripada hati manusia dan ia sukar di ramal iaitu perasaan cinta, ada yang mengatakan bahawa cinta itu buta, mungkin ia benar dan mungkin juga tidak, cinta datang dan pergi tanpa dijemput atau di usir ia sesuatu keajaiban yang amat tinggi nilainya, namun ia juga sesuatu yang palin sukar di nilai bagi mereka yang tidak mempertikai.. akan tetapi bagi mereka yang sedang di lamun cinta ia adalah detik yang amat berharga dan bahagis dalam hidupnya....

Monday, March 12, 2012

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, lama saya tidak dapat berbicara kerana hilang punca buat seketika, hari ini diberikan semula peluang untuk mencoret lagi walaupun hanya untuk seketika namun jika ia tidak disia-siakan maka ia akan menjadi saat yang bermakna.

Setiap manusia mempunyai pendapat sendiri, mempunyai pilihan sendiri untuk mengemudi hidup ini, walaupun peluang yang diberikan ini adalah untuk dinikmati, namun jangan sampai kita menjadi alpa, sesungguhnya dalam setiap nikmat yang diberi tersisip pengajaran dan pembelajaran yang mana jika kita pelajari dengan teliti maka kita akan memperolehi maksud yang tersurat dan tersirat yang telah di selitkan dalam nikmat tersebut. ada seoang cendiakawan mengatakan 'harta itu ibarat ular, ia membawa bisa dan penawar bersamannya' jika difikirkan semula, kenyataanya amat benar sekali tanpa perlu dicari gali lagi ertinya, hanya kita yang lalai tidak mempelajari dari mereka yang pernah merasa nikmat hidup dunia itu, kata Aristotle'mereka yang tidak mengenal sejaraqh pasti akan mengulanginya'. bukan bererti kita tidak boleh mengikut sejarah kegemilangan empayar-empayar seperti yunani dan greece, namun kita harus melihat kesilapan dan kegagalan yang pernah mereka lakukan agar kita tidak mengulangi kegagalan yang sama pada masa akan datang . Oleh sebab itu jangan kita hanya melihat nikmat itu sebagai suatu kenikmatan yang harus di hisap sehingga habis bagaikan madu, namun haus kita fikirkan bagaimana hendak meneguk madu andai cara mengelak lebah tidak difikirkan lagi... fikirlah, dalam dunia ini setiap yang berlaku ada hikmahnya, ibarat bumi selepas siang panas akan berganti dengan malam yang menenangkan dan damai. Nikmatilah apa yang kita perolehu hari ini kerana esok belum tentu ada untuk kita...

                                                                                                                                12/3/2012