Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Wednesday, February 23, 2011

Berfikir sejenak

Hari ini aku nak bincangkan tentang salah sangka, kita selalu menyalahkan orang lain apabila kita ditimpa musibah tidak kira kecil ataupun yang besar, pernahkah kita berfikir sejenak walaupun untuk sesaat dan menerima kenyataaqn untuk menyatakan bahawa ianya berlaku kerana silap yang telah kita lakukan sendiri?. Rasulullah S.A.W telah bersabda "sesungguhnya berfikir untuk sesaat adalah lebih baik daripada beribadat seribu tahun", ini telah membuktikan bahawa dalam islam sekalipun kita harus menggunakan akal semaksimum yang mungkin sebelum kita bertindak menggunakan fizikal contohnya di dalam setiap keputusan yang dikeluarkan oleh para mujtahid islam pada hari ini, mereka akan berkumpul dan mengadakan perbincangan sebelum mereka mengeluarkan fatwa bagi menyelesaikan sesetegah percanggahan. Jika mereka yang berilmu pun masih menggunakan akal untuk mendapatkan sesuatu keputusan jadi mengapa kita pada hari ini terutamanya golongan remaja mengambil tindakan tidak menggunakan akal?, sebaliknya jika mempunyai sedikit masalah hanya tahu menyalahkan orang lain tidak pernah mengaku bahawa masalah itu berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita berada didalam keadaan yang selesa sehinggakan kita lupa kepadaNya ini akan menyebabkan kita sedikit pun tidak akan mengigati bahawa antara tanda Allah menyayangi hambanya adalah dengan memberikan ujian kepada hamba-hambanya dan beruntunglah hidup mereka yang sering dilanda ujian daripada Allah s.w.t. Pada akhir zaman ini manusia kebanyakannya hanya mengejar kebendaan kesenangan hidup sehinggakan mereka lupa bahawa islam mengajar pengikutnya untuk hidup dalam keadaan bersederhana dan bukannya bersenang -lenang sehingga melupakan perkara-perkara yang lain. Jika kita mempunyai sebarang masalah haruslah kita menyelesaikannya juka ia tidak mampu untuk diselesaikan secara berseorangan maka carilah sahabat atau kenalan yang rapat untuk meluahkan permasalahan yang dihadapi, dengan cara ini kita akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan mudah, tetapi pastikan sahabat tersebut adalah dikalangan mereka yang boleh dipercayai dan bukannya mereka yang kita kurang kenal kerana dikhuatiri masalah kita akan diceritakan kepada orang lain pula dan keaiban kita akan dihebahkan secara meluas. jika hendak menjadi orang yang berjaya maka kita haruslah banyak menggunakan akal daripada menggunakan fizikal kerana akal adalah sistem yang mengerakkan fizikal dan jika disalah guna mungkin akan memudaratkan diri sendiri, kata pepatah melayu 'taat biar bijak,patuh harus pintar' jika ini menjadi amalan hidup kita atau mind set kita maka kita dapat mengelakkan perbalahan dan persengketaan sesama manusia yang disebabkan oleh kita yang tidak mahu menerima kesalahan kita sendiri, jadi sama-samalah kita fikirkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata musnah binasa'.
jadikanlah yang baik itu amalan dan jadikanlah yang buruk itu sempadan,
sekian terima kasih.
                                                                                                                                               23/2/2011

Tuesday, February 22, 2011

Allah Maha Mengetahui segalannya....

Assalamualaikum sumer...
Aku hidup adalah untuk mengenal dan memahami kehebatanNya, setiap hari aku akan berusaha untuk mencari seberapa banyak sahabat-sahabat yang sedang dilanda ujian daripadaNya. Alhamdulillah setakat ini aku diberikan kelebihan bagi mengenal mereka yang sedang dilanda ujian, tetapi malangnya sehingga kini aku masih belum mendapat keberanian untuk bertanya secara terus daripada mereka yang sedang diuji mungkin kerana aku masih kurang keyakinan, namun semangatku hanya akan datang setelah aku berjaya menyelesaikan masalah mereka-mereka yang sedang di uji tersebut. Sekiranya aku tidak mendengar dan menyelesaikan masalah tersebut aku akan berasa puas sehinggakan kadang-kadang aku akan tersenyum puas dan bersyukur kerana dapat membuat sahabat-sahabatku tersenyum kembali. Namun ada perkara yang aku tidak suka saat cuba menyelesaikan masalah mereka ialah apabila mereka menyatakan "dah mula bertazkirah dah" atau "alimnya dia" aku sangat tidak boleh terima apabila ayat itu ditujukan kepada aku, mengapa aku tidak boleh terima adalah kerana aku tidaklah sebaik yang mereka sangka, aku mungkin adalah antara mereka yang paling jahat  antara yang paling jahat di dunia ini kerana aku telah banyak melakukan dosa dengan menzalimi diriku sendiri. Namun hari ini aku berasa sedikit bersemangat kerana aku bersyukur aku telah mula mendapatkan semangatku semula kerana ada sahabat-sahabatku yang memberi kepercayaan mereka kepadaku untuk menceritakan ujian yang sedang mereka alami, lalu saat itu aku akan berasa bersyukur kerana pada akhir zaman ini Allah masih menjaga makhluk ciptaannya, kerana setiap manusia yang menerima ujian itu adalah mereka yang disayangi oleh Allah. Aku berharap semua sahabat-sahabatku yang sedang dilanda ujian dapat bersabar dan mengambil ujian yang sedang dihadapi itu sebagai titik perubahan dalam hidup mereka untuk meneruskan hidup ini, "sesungguhnya Allah tidak akan menguji jika makhluknya tidak mampu menghadapi ujian tersebut". Jadi usahlah kita berfikiran buruk saat kita dilanda ujian, terimalah ia sebagai pembakar semangat bagi meningkatkan tahap kendiri diri disamping itu kita juga harus sentiasa memuhasabah diri ketika di uji oleh Allah, Sama-sama lah kita fikirkan, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri sayasendiri..
sekian terima kasih
                                                                                                                                       23/02/2011

Sunday, February 20, 2011

Luahan Hatiku

Kita selalu menganggap diri kita sempurna sehinggakan kita lupa bahawa kita nie hanyalah seorang hamba yang telah lupa pada penciptanNya, adakah kita sangka dengan apa yang kita miliki selama ini menandakan yang kita telah benar-benar sempurna?, kita hanya menyangka bahawa apa yang kita lakukan selama ini sudah memadai untuk mendapatkan penghargaan daripada manusia, ini adalah sesuatu yang salah kerana keberkatan Allah bukan datang kerana kita merasa megah dengan apa yang telah kita lakukan sebaliknya ia datang setelah kita dapat mengikhlaskan hati dengan apa yang kita lakukan, pujangga ada mengatakan 'sesuatu yang besar pada mata makhluk belum tentu ia besar pada pandangan Allah, manakala sesuatu yang kecil pada mata manusia belum pasti ia kecil pada pandangan Allah'. Bukalah mata dan dalami hati kita sendiri apakah selama ini segala perbuatan yang telah kita lakukan dan perkerjaan yang telah kita selesaikan adakah hati kita benar-benar mengikhlaskannya?, atau selama ini kita hanya lakukan semua itu bagi mendapatkan perhatian manusia dan bukannya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Hari ini aku telah melakukan sesuatu yang paling aku minati, namun hatiku merasakan ada hati lain yang tidak suka dengan apa yang telah aku lakukan, selama ini apa yang kulakukan hanyalah untuk melihat mereka puas dan gembira dengan menikmati hasil ciptaanku ini, namun aku tidak mengerti mengapa harus ada hati yang tidak menyukai apa yang telah kulakukan kali ini, bukannya aku minta mereka membalas apa yang telah kulakukan, hanya aku ingin melihat mereka tersenyum saat menikmati apa yang telah aku sediakan. Terbuktilah kata-kata cendiakawan dahulu 'kita tidak akan dapat memenuhi kehendak hati semua orang kerana kita hanyalah manusia biasa',semoga semangatku yang semakin nazak selama ini akan kembali pulih agar aku dapat berdiri semula dan melaksanakan tengunggjawab yang telah digalaskan di bahu ku selama ini, aku bersyukur kerana dengan anugerah yang diberikan kepadaku ini dapat menghilangkan segala kesulitan yang aku miliki Alhamdilillah, sesungguhnya Allah maha hebat dalam menciptakan sesuatu, ia menjadikan makhluknya saling memerlukan bagi memenuhi fitrah hidup mereka.
Sekian coretan kali ini...
                                                                                                                                              20/02/2011

Saturday, February 19, 2011

Khas Untuk Pujaan Hatiku

Indah pagi kerana cntiknya matahari,
Malam menawan kerana pancaran bulan,
petang yang tenang kerana suasananya terang,

Hari ini aku merasakan seperti ruang hati ini semakin mengecil kerana kasih-sayang yang selama ini menjadi pemberatnya semakin berkurangan kerana telah digunakan sebagai pengubat rindu kepada orang yang paling kusayang, oleh kerana dia orang pertama yang ku benarkan menerjah kedalam hati ini jadi aku memberi kepercayaanku sepenuhnya kepada dirinnya, namun ada ketikannya saat bisikan azazil yang tidak pernah henti itu mula berbisik ia mampu menimbulkan sedikit kesangsaian kepadannya yang berada jauh dari pandangan mataku ini. Namun adakah dia perasan bahawa perubahan yang kulakukan ini adalah untuk mendapatkan perhatian daripada dirinnya?. Aku tidak mahu dia pergi mencari yang lain kerana aku ingin dia tahu bahawa diri ini hanya akan menerima dia sbagai surinku kerana hatiku telah tertambat pada simpulan yang ketat sehinggakan aku tidak mampu lagi merungkainya, setiap hari aku akan mendoakan keselamatannya,kebahagiaanya, dan kejayaannya suatu hari nanti begitu juga terhadap diriku ini.  aku sering membuat dia menangis bukan kerana aku  ingin dia membenci diriku ini, tetapi kerana aku ingin dia mengetahui sifat-sifat yang mungkin aku lakukan setelah aku bersamannya kelak, aku juga sering mengusarkan hatinya terhadap kasih-sayang dan kesetiaan yang dia berikan terhadapku selama ini berkali-kali, namun itu bukan aku lakukan bagi membuatkan dia kena darah tinggi, sebaliknya aku lakukan bagi melihat sendiri adakah dia mampu menahan fitnah dan godaan yang akan melanda diriku di masa akan datang. Aku juga sering menyatakan nada serius dan tegas kepadannya saat dia melakukan kesalahan atau kesilapan sama ada yang kecil dan yang besar, itu juga bukan sengaja aku lakukan mengikut nafsuku sebaliknya aku ingin mengigatkannya saat kesalahan itu berlaku ia memang kecil kerana aku ini hanya kekasihnya, namun setelah kita bersama kelak kesalahan yang kecil itu mungkin menjadi besar dan tidak mustahil akan menjadi dosa kerana saat itu aku adalah suaminnya. Aku tahu dia terpaksa menerima sifat cemburuku yang terlalu melampau itu, tetapi ingatlah wahai sayangku sesungguhnya sifat cemburu itulah pengikat didalam sesebuah perhubungan,jika aku membiarkan dirimu berlegar-legar dan bergaul rapat bersama mereka yang todak aku kenali itu bererti aku tidak menyayangi dirimu sepenuh hatiku, aku cemburu kerana dirimu kelak bakal menjadi isteriku yang sah dan bakal menjadi makmumku, maka harus bagiku memastikan dirimu tidak terjebak dengan mereka-mereka yang kau dan aku belum pasti lagi latar-belakangnya.. Fikirkanlah sayangku andai kata-kataku ini salah dan menjadi pertikaian buatmu aku memohon maaf kerana ini adalah kehendak diriku untuk mencari wanita  sesuai buatku bukan yang sempurna pada pandangan dunia sebaliknya sempurna pada pandangan Allah dan selesa pada pandanganku.
Sekian sahaja untuk kali ini 
                                                                                                                                                  19/2/2011

Wednesday, February 16, 2011

Pengembaraan Bermula

Hari-hariku kini menjadi sunyi, aku kian menyendiri menghayati segalanya yang telah terjadi. Satu persatu ujian menimpa diri seperti hujan mencurah kebumi, apabila ia turun akan terus bertalu-talu begitu lah jua apa yang menimpa diriku pada kali ini, namun aku tahu, perjalananku masih jauh jika aku berpaling sekarang sudah pasti aku akan ketinggalan dibelakang. Harus ku tekadkan semangat, tingkatkan usaha bagi mencapai kejayaanku perjuangan ku ini bukan untuk diriku, tetapi untuk membayar segala jasa-jasa ibu dan bapaku yang teringin melihat anak mereka berjaya. Tidak mereka tagih harta kekayaan ku, tidak mereka tagih pengorbananku tetapi mereka hanya ingin melihat kain putih yang mereka corakkan dahulu menjadi indah lebih indah daripada sutera hingga menjadi rebutan setiap insan yang melihatnya. Dari kecil inilah tujuan hidupku memberi kebahagiaan kepada orang lain kerana aku gembira dan damai saat dapat menghilangkan duka dan sengsara seseorang. Aku bersyukur kerana aku masih dibenarkan untuk bernafas di dunia ini walaupun telah banyak dosa dan kezaliman terhadap jasad ini yang telah kulakukan. Aku tetap tidak akan berputus asa dan menyerah kalah aku akan meneruskan perjalanan ini biarpun dalam keadaan sunyi atau sepi, biar gelap atau gelita, hujan atau panas akan tetap ku melangkah ke hadapan sehingga apa yang di hajati oleh kedua ibu dan bapaku berjaya ku berikan. semoga niat ku ini mendapat keredhaan-NYA.
Amin..
                                                                                                                                       17/2/2011

Harapan Yang Berlalu...

Assalamualaikum..
Kita selalu mengharapkan sesuatu atau inginkan sesuatu, kadang-kadang kita merencanakan sesuatu dengan penuh cermat dan teliti dan sampai ke suatu tahap kita begitu yakin apa yang kita idam-idamkan itu sudah pasti akan menjadi kenyataan. Namun pernahkah  kita berfikir sejenak disaat keyakinan sedang memuncak, disaat kepastian telah mengatasi segala-galanya bahawa apa akan terjadi sekiranya apa yang kita tagihkan itu tidak menjadi kenyataan?. Sudah pasti kita akan dilanda kesedihan atau kekecewaan sehingga mampu meruntuhkan empangan yang menahan air mata kita selama ini, namun pernahkah kita berfikir sejenak, berdiri dihadapan cermin melihat mengapa harus air mata ini mengalir, mengapa harus hati ini terasa sakit?. Sekiranya kita hayati kembali sudah pasti muhasabah diri itu akan menenangkan hati ini, adakah kita memohon kepada-NYA bagi mendapatkan keberkatan daripada-NYA, adakah kita sudahi solat fardhu kita dengan tangisan kesesalan atas segala kesalahan yang telah kita lakukan selama ini kepag da-NYA?. Marilah kita sama-sama menghadap cermin yang sama, melihat apakah kesilapan ,kekurangan dan kelemahan diri kita yang harus kita perbetulkan, sikap-sikap kita yang perlu kita cantikan, amalan-amalan kita yang perlu kita sempurnakan. Bukan menulis untuk mengkritik tetapi menulis hanya untuk mengigatkan yang menulis dan yang membaca agar kita tidak jatuh jauh kedalam gaung yang tiada penghujungnya hingga tiada tali yang mampu menarik kita keluar semula.Ingatlah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menyayangi setiap makhluk ciptaannya  dan  tidak mungkin dosa kita walau sebesar mana sekalipun tidak akan dimaafkannya sekirannya kita bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat iaitu taubat nasuha...
Ini sahaja tulisan buat hari ini 'yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kekurangan saya sendiri'. sebarang pendapat dan idea sila kemukakan.
SEKIAN TERIMA KASIH
                                                                                                                                               16/2/1011

Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRANMU YA RASULULLAH...

Assalamualaikum...


12 rabiul awal adalah tarikh keramat bagi seluruh umat islam, pada hari yg indah ini lahirnya pesuruh Allah sebagaimana yang telah ditulis di dalam kitab-kitab yang terdahulu sebelum turunnya Al-Quran. semoga seluruh umat islam akan menghargai dan menghayati segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda. cuti yang diberikan seharusnya digunakan untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda namun ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak pada hari ini, cuti yang diberikan dianggap seperti cuti-cuti menyambut perayaan yang lain. Bukannya Rasulullah meminta kita menyambut hari lahir baginda setiap tahun, bukannya wajib dan bukannya sunat. Namun sebagai umat yang banyak terhutang jasa kepada Baginda haruslah kita memperingati baginda setiap cinta, bukankah pada hari akhirat kelak syafaat baginda yang menjadi tagihan kita bagi melangkah ke syurga. Syarat utama kesyurga ialah taat pada perintah Allah dan patuh pada sunnah Rasulullah. Jika kita semua dapat memanfaatkan hari yang bersejarah ini derngan amalan-amalan yang sepatutnya InsyaAllah catitan amalan kita akan bertambah dan timbangan kita pada hari akhirat kelak akan semakin berat ditambah dengan syafaat baginda...

tidak sayangkah kita pada manusia(Rasulullah) yang telah mengorbankan segalanya yang dimili oleh baginda untuk kesenangan umatnya hinggakan saat baginda hendak nazak sekali pun baginda masih lagi memohon kepada Allah supaya kesakita sakaratulmaut yang akan dilalui oleh umat-umatnya semuanya diserahkan kepada Baginda. Alankah hebatnya cinta baginda kepada umat-umatnya namun kita sebagai umatnya pada hari ini hanya mengambil lewa segala pesanan-pesanan baginda. Pernahkah kita berfikir sejenak walaupun sesaat "Adakah kita layak untuk mendapat syafaat baginda pada hari akhirat kelak???." Semoga kita sama-sama dapat menggunakan kelapangan yang diberikan ini untuk menghayati dan memperingati sejarah serta pengorbanan baginda dan mengamalkan segala sunnah-sunnah yang telah ditinggalkan oleh baginda InsyaAllah...

sekian sahaja coretan pada hari ini semoga kita sama-sama mengambil iktibar... 
14/2/2011