Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Sunday, April 3, 2011

Setiap manusia punya permasalahan sendiri, yang membezakan manusia itu adalah bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut, sekiranya mereka sentiasa berpegang dengan tali Allah nescaya mereka akan terselamat dan sentiasa dipermudahkan dalam menghadapi setiap dugaan yang menimpa diri mereka itu namun mereka itu haruslah sentiasa yakin dan tawadduk dalam memohon sesuatu daripada Allah s.w.t., ada sesetengah manusia berpegang teguh pada tali Allah namun mereka masih melakukan maksiat ataupun menzalimi diri mereka sendiri, walaupun maksiat yang mereka lakukan itu adalah kecil pada pandangan mereka namun sebagai manusia kita tidak mengetahui adakah ianya kecil pada pandangan Allah???. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sesungguhnya:"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita". Rasulullah juga manusia biasa yang sentiasa diuji dengan berbaga-bagi dugaan dan peristiwa yang menyedihkan namun baginda sentiasa berpegang dan yakin bahawa Allah adalah kekasih yang tidak pernah meningalkan kekasihnya. Bukan itu sahaja, penglima islam yang terbilang iaitu Salahuddin Al-Ayubi turut membuktikan bahawa Allah sentiasa menjaga meeka yang berpegang teguh dengan talinya, pernah suatu ketika saat selesai perang seorang tawanan telah dihadapkan kepada salahuddin lalu salahuddin terlihat akan botol kecil yang terikat dipinggang tawanan tersebut lalu salahuddin bertanyakan 'apakah isi botol tersebut' lalu dijawab oleh tawanan perang tersebut ' ini adalah racun yang paling kuat bisannya hingga mampu menumbangkan seekor gajah' lalu salahuddin meminta botol tersebut lalu berkata ' tidak akan mati seseorang itu tanpa izin Allah' dan meminum racun tersebut sehingga habis. Tawanan tadi terus menangis lalu mengucapkan kalimah syahadah dan berjanji akan mebantu tentera muslim memerangi kesesatan mreka yang kafir. Pada zaman sultan Muhammad Al-Fateh saat seorang paderi yang cuba mengkafirkan ilmuan-ilmuan islam yang terhandal di negeri tersebut dengan meminta bukti akak kesahihan hadith Rasulullah yang berbunyi "sesungguhnya para ulama islam adalah sama tarafnya dengan nabi-nabi dari bangsa israel" lalu dimintakan bukti kesahihan hadith tersebut dengan menyuruh para ulama islam menunjukkansemula peristiwa yang pernah ditunjukkan oleh nabi isa iaitu menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia, pada saat tersebut semua ulama yang hadir telah bingung lalu di hadapkan syeikh Beyram yang sedang tenat pada ketika itu lalu membuktikan hadith tersebut, kesemua mereka ke tanah perkuburan lalu paderi tersebut telah memilih kubur yang lama dan menyuruh syeikh beyram membuktikan hadith tersebut lalu dengan izin Allah telah bangun semula mayat yang telah mati sekian lama itu lalu sempat ditanyakan nama dan umurnya oleh syeikh beyram sehinggakan ketua pader tadi terkejut lalu memeluk islam dengan keyakinan yang penuh dihatinnya tentang kebenaran islam itu. S emua peristiwa tersebut membuktikan betapa hebatnya umat islam itu jika mereka benar-benar berpegang teguh pada Allah s.w.t. Namun remaja masa kini terlalu lalai dan tidak pernah mempelajari sejarah kegemilangan islam. Bangunlah wahai sahabat-sahabatku kita tegakkan semula syiar islam dan kukuhkan perpaduan dikalangan kita sesama islam. Andai kita sedang dilanda sebarang permasalahan carilah orang yang berilmu dan selesaikan menurut hukum yang telah ditetapkan oleh islam bukan menrut nafsu yang tiada pegangan yang tetap sebalinya hanya mendengar hasutan semata. Berfikirlah dengan akal bukan dengan kepala dan lihatlah apa yang sedang dilakukan oleh dunia kepada bangsa islam melalui mata hati bukan dengan mata kasar semata..
sekian Assalamualaikum...
                                                                                                                                               4/4/2011