Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Thursday, March 7, 2013

mimpi adalah suatu misteri, nmun stlah di ungkai baru ak ktahui ianya adlah nugerah ilahi... mndkatkan yg sdang berjauhan, mnmukan stiap perpisahan, serta menerangkan segala penceritaan. Dia adalah seorang wanita yg amt ku kagumi, melalui ombak perjalanan yang tidak berhenti walaupun perjalanan masih jauh, namun sentiasa memikirkan jalan untukterus ke hadapan. ak mengenali dia dengan satu ukiran senyum melafazkan sepatah nama yang indah seperti mana terletaknya nama tersebut pada orangnya. semakin lama aku mengenalinya semakin kuat perasaan ini padanya, walaupun kami terlalu jauh sehinggakan tidak terlihat tentangan mata, tidak tercapai gapaian tangan, namun aku tahu segalanya telah ditakdirkan, tiada yang mampu menahan apa yg telah di rancangkan. semog di permudahkan dalam setiap urusan. dia telah banyak mengajar aku mengenai perjalanan hidup yang penuh duri berapi apabila tersentuh ia bukan sahaja melukakan sebaliknya akan terus melecurkan tubuh ini, aku bersyukur menemui senyuman yg hadir sepanjang masa walaupun tika sepi dan duka melanda, sungguh keras hatinya

dh tulis lama tp x cmpt nk post...hehehehehe...

IsI dIdAlAm HaTi...

selepas maniti malam yang kelam tanpa silauan bulan mahupnkilauan bintang yang bergemerlapan, keseorangan diriku memaksa mata ini terpejam, tanpa di sangka rupanya takdir itu sukar untuk dijangka mentari indah terbit dengan sungguh cerah pada pagi ini membuatkan siulan burung yang merdu menjadi santapan halwa telingaku pada pagi ini, senyuman manis terukir padabibir manis yang sebelumini hanya mengumam tanpa ada kesudahanya, sukaruntuk di terima dan sukar untukakupercaya, namun itulah kenyataanya...
kerana Allah sentiaa adil dan saksama di dalam menyusun percaturan hidup hambanya, bersyukurlah setiap kali kamu di uji, kerana dengan ujian kamu akan mengenal erti kehidupan, dengan ujian kamu memahami keindahann iman, dan dengan ujian kamu semakin dekat pada rahmat tuhan.
Saya hanya mampu menulis namun sebagai manusia yang telah di berikan akal fikiran untuk berfikir, mungkin kamu lebih waras dari saya dalam memahami dan merungkai sesuatu cerita..

bukan merepek suka-suka, tapi memberi peluang kepada anda untuk mengenal zat Sang Pencipta...

8/3/13

sayang atau rindu???

rindu atau sayang???
bagai mana anda ingin buktikannya pada orang yang tersayang???
bagaimana ingin menyatakan kepada orang yang tersayang  betapa rindunya hati ini kepadanya???
bagaimana untuk memebuktikan rasa rindu itu padanya???
rindu xmampu untukdilihat,
rindu xmampu untuk mengikat,
rindu xmampu untuk di julat,
mengapa perlu kita merindui seseorang kalau orang tu tidak pernah mengigati kita walaupun sesaat??? mana mungkin akan hadir dalam hatinya perasaan rindu pada kita ek???
namun sebagai seorang perindu tidak akan terus berhenti untuk merindui sesuatu yang dirindui walau apa pun yang terjadi kerana yang di rindui itu adalah sesuatu yang paling berharga, separuh nyawa telah di taruhkan pada yang dirindui..
Biarlah dia merasai perasaan ini tanpa ku kira sama ada dia menyedarinya ataupun tidak, sama ada dia merasai betapa puncak rindu ku ini telah ku binakan mahligai buat dirinya bertakhta di sana menemaniku memimpin jajahan yang aman dan damai..

sayang
pernah ku ukirkan senyuman di bibirnya dangan ucapan sayang yang terzahir setelah hati ini meyakinkan sesungguhnya dialah yang paling layak untuk mandapat gelaran tertinggi itu, walaupun mungkin di luar sana hadir berjuta lagi yang lebih sempurna darinya, namun kenyataanya dia kini telah sempurna pada pandanganku dan turut menyempurnakan hidupku sepanjang daku bersamanya.. Oleh itu selayaknya ucapan sayang itu lahir buat dirinya...
pernah ditanya beberapa soalanoleh hati yang banyak bertanya...
mengapa sayang dengan hanya terbayang???
adakah sayang jika semuanya hilang???
layakkah sayang walaupun terbuang???
namun selagi aku bernafas pada udara anugerah Ilahi ini, selagi itu akan ku kejari dan lengkapi ucapan sayang itu bersama layanan selayaknya yang harus dia miliki...
jujur sayang itu mudah di lafaz oleh orang lain, namun bgi diriku yang belum pernah mengenalerti sayang, ianya adalah kata keramat di puncak kuasa tiamat yang hanya di lafaz setelah mendaar rahmat dan bukannya keramat.. kerana dia mengajarku untuk menyanyagi sehingga aku memahami namun tidak menguasai ertinya lagi...

semoga kamu faham isi yang di ungkapkan di dalam tulisan ini..
'HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM'
kata hati tidak pernah menipu..
kalau mengikut biar bijak,
jika menurut biar pintar'

mcm nie la lu dh x boleh tidor!!!!
                                                                                                                                               8/3/2013