Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Monday, June 2, 2014

ISLAM

Assalamualaikum semua sahabat yang mengikuti blog ini.

saya ada beberapa pertanyaan yang ingin di lontarkan kepada anda semua, (sekadar meluahkan sedikit pertanyaan hati)

kita perlu mengajar anak - anak melakukan sesuatu sebelum mereka mahir melakukannya, dari kecil kita mengajar mereka :-

makan dengan menyuap makanan kepada mereka
berlari dengan berjalan bersama mereka
minum dengan membuatkan air untuk mereka
mandi dengan berbasahan di dalam bilik air bersama mereka
berus gigi dengan memberus bersama mereka

kita melakukan semua perkara bersama untuk mengajar mereka cara yang betul sebelum mereka mampu menghadapi dunis sebenar pabila dewasa nanti..

BUKAN ITU YANG HENDAK SAYA CERITAKAN

fikirkan dari sudut islam

bukankah kita telah di amanahkan untuk menyanmpaikan agama islam ini kepada mereka yang tidak mengetahui???

jadi layakkah kita menghukum semua yang kafir di luar sana sedangkan kita sendiri tidak pernah mengetuk pintu rumah mereka untuk menyampaikan agama islam kepada mereka?
bukankah Rasulullah menghantar utusan  kesemua negara yang bukan beragama islam untuk mengajak mereka menganut islam, namun sekiranya mereka tidak mahu kita harus menghormati pendirian mereka kerana sesungguhnya hidayah itu hanya di beri oleh Allah kepada mereka yang dikehendakiNya sahaja, lalu sekiranya kita di ancam barulah seruan peperangan itu di laungkan bagi mempertahankan agama yang suci ini.

No comments:

Post a Comment