Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Saturday, April 4, 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada pembaca yang masih mengikuti tulisan saya, saya memohon maaf kerana telah lama menghilang atas sebab-sebab yang tidak dapat saya elakkan, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman yang telah saya perolehi dan jalan yang telah saya langkahi untuk menambah ilmu saya yang sering kekurangan ini kemudian dikongsikan bersama dengan anda semua diluar sana...

SAHABAT

kita berkenalan bukan kerana aku ini kesunyian
kita berkawan kerana persahabatan itu memerlukan persefahaman
jika dirimu tidak mengerti akan erti pengorbanan
maka gagahi lagi tanah yang luas ini untuk mencari pengalaman
tinggi langit itu adalah tanda hidup ini mempunyai tujuan
sahabat, jangan biarkan orang lain menjadikan kau suruhan
kerana kau adalah seorang ilmuan
walaupun anugerahmu tidak sehebat cendiakawan
cukup aku mengenali dirimu itu mampu memberi panduan
perjalanan itu semakin di langkah akan semakin berjauhan
jadi teruskan langkahmu agar berjumpa apa yang dihajatkan
jangan dilupakan segala duri yang berdekatan
kerana itu akan menjadi satu ingatan
sama ada engkau fahami maksud perjalanan
Sahabat, aku pergi bukan kerana telah lahir kebencian
akan tetapi yang lebih wajib perlu aku uruskan
usahlah dikau membuat sebarang keputusan
sedangkan kan perjalananmu itu belum lagi dikau tamatkan
nanti selesai segala ungkapan
baru kau faham ape yang aku bualkan. 


5/4/15 
bersambung...


No comments:

Post a Comment