Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Friday, October 9, 2015

Setiap Sekolah Ade Murid Sendiri

Assalamualaikum

kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah topik yang agak menarik yang saya perolehi sepanjang perjalanan yang saya telah lalui beberapa ketika yang lalu dan setelah saya menelusuri beberapa kisah kehidupan kenalan2 yang kini menjadi akrab bersama saya. kita sering bercerita mengenai kisah hidup kita, adakalanya kita merasa bangga dan ada kalanya kita merasa sedih dan menyesali akan perjalanan hidup kita yang mana kita sendiri tidak menyangka bahawa kita sendiri telah melalui perjalanan tersebut dan adakalanya kita berjaya mengharunginya akan tetapi kita juga kan kecundang bila kunci yang sering kita gunakan untuk membuka setiap pintu yang berkunci itu patah tanpa kita duga. begitulah kehidupan setiap insan sebaik mana kita merancang sehebat mana kita memberi kata semangat kepada hidup ini, namun apabila keadaan menyiksa kita untuk turun kebawah kita harus belajar untuk tunduk walaupun ia bukan kehendak kita.

masing-masing ada matlamat dan tujuan dalam hidup itulah kata2 yang agak menarik untuk disisipkan sepanjang kita berjalan akan tetapi apabila jalan itu hancur kaki yang melangkah juga perlu mengikut tindakan akal yang tidak pernat berfikir supaya kita berhenti dari melalui jalan tersebut lalu memilih jalan lain yang mana lebih pantas untuk kita menuju ke destinasi yang kita tujui. dan hakhirnya hakikat perjalanan tersebut kita hanya memperolehi kaedah yang paling pantas untuk mencapai matlamat kita tanpa kita mempelajari kaedah yang sebenar bagaimana untuk membaiki jaln yang rosak agar dapat dilalui oleh semua orang di masa hadapan. kita mampu memberikan semua orang merasai cahaya yang kita ada supaya mereka tidak gelap akan tetapi apabila tiba suatu masa kita akan mula merungut saat kita tidak mampu lagi membeli bateri yang diperlukan untuk menyalakan lampu yang kita sendiri perlukan.

saya bersyukur dengan kehidupan saya saat ini, walaupun saya sendiri tidak tahu berapa lama lagi saya mampu memberi cahaya kepada mereka yang memerlukan di luar sana tapi itulah gunanya Agama(ISLAM) yang sentiasa mengajar saya untuk mencintai yang lain sama seperti saya mencintai diri saya sendiri dan dengan itu jugalah saya masih terus tegak kerana nikmat tawakkal itu hanya kan dapat dirasai oleh mereka yang bertawakkal. Alhamdulillah walaupun saya masih belum menikmati nikmat sebenar beribadah tapi saya telah di beri peluang untuk merasai suatu nikmat yang sungguh ajaib kerana tawakkal telah menjadikan saya seorang manusia yang terus mampu berdiri walaupun sendirian di dalam dunia ini, bukan bererti saya membuang keadaan dan kenalan sekeliling akan tetapi saya yakin dengan Allah berada di sisi tiada yang lebih saya perlukan lagi untuk meneruskan perjalanan ini..

semoga perkongsian kali ini akan dapat memberikan inspirasi kepada anda semua diluar sana dalam menelusuri kehidupan anda masing2,

'jangan tolak kebenaran, jangan pula menyesali pengorbanan, kerana tuhan tidak pernah melupakan setiap perbuatan'


No comments:

Post a Comment