Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Friday, October 16, 2015

Bacalah!!!

Assalamualaikum

hati ini sesuatu yang agak rumit kerana ada kalanya kita sendiri tidak tahu apa yang kita inginkan untuk memenuhi kehendak hati yang sentiasa berubah yang tidak pernah kekal yang kerap meminta dan adakalanya hati sukar untuk memberi walaupun atas nama kemanusiaan itu sendiri. puas di jaga, puas di rawat,puas dipenuhi namun tidak pernah puas setiap hari ada saja yang ingin ia pertikaikan sehinggakan apabila tiada anasir luar yang ingin di pertikai ia mula mempertikai akan setiap gerak-geri diri sendiri. kita tak kan maju jika terus kekalkan kemahuan hati kerana panduan hidup itu bukan dari hati sebaliknya dari Al-Quran dan Sunnah yang telah ditinggalkan sejak 1400 tahun yang lalu, terpulang kepada kita untuk menyekat kemahuan hati dengan kewarasan akal fikiran atau hanya membiarkan akal menuruti tindakan hati yang hanya berlandaskan nafsu yang tidak mampu kita kawal lagi. 

Hari ini mungkin hati kita berasa sakit kerana kesalahan yang orang lain lakukan kepada kita tapi pernahkah kita terdiam sejenak dengan memikirkan mengapa dan bagaimana perkara tersebut bisa terjadi kepada kita dan mungkinkah ade pangajaran yang harus kita jadikan pelajaran yang telah kita sendiri terlepas pandang oleh kerana jawatan,pangkat dan kedudukan yang telah kita perolehi pada hari ini membuatkan kita dengan mudah menghalalkan setiap sangkaan kita terhadap semua perkara sekeliling yang menyentuh diri kita ini bahkan kita tidak pernah untuk ingat bahawa mungkin itu cara terbaik untuk kita kembali tunduk kepada Yang Maha Pencipta.

Saya percaya pada satu kata-kata yang penuh memberi inspirasi kepada hidup saya sejak dari dahulu lagi iaitu 'hamba tidak akan belajar untuk tunduk melainkan mereka telah jatuh dan terduduk' maka setelah itu terjadi barulah hadirnya kewarasan atas setiap tindakan yang selanjutnya oleh itu benarlah kata cendiakawan/ustaz Dr Mohd Asri Zainal Abidin iaitu 'merasa susah di dalam kesusahan adalah sesuatu yang mudah, merasa senang di dalam kesenangan juga adalah mudah akan tetapi merasa senang di dalam susah adalah yang paling sukar' dan ianya telah nyata setelah saya melalui beberapa hari yang telah lau akan tetapi mereka yang bertawakkal akan sentiasa mengucapkan "HASBUNALLAHIWANIKMALWAKIL(cukuplah bagi kami ini Allah)" itu lah yang membuatkan mereka itu adalah golongan yang paling mudah di dalam semua perkara kerana setiap yang berlaku sama ada baik atau buruk diserahkan kepada Allah sahaja dan sesungguhnya nikmat tawakkal itu adalah sesuatu yang paling nikmat jika kita dapat merasainya kerana tiada hari yang kita akan merasa kurang dengan apa yang telah dicukupkan oleh Allah S.W.T.

hope u guys enjoy the reading...
thank you

No comments:

Post a Comment