Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

'Lahir untuk mencari ilmu
Hadir hanya jika perlu
Bukan hendak membuka malu
Sekadar berkongsi apa yang tahu
Mari semua bersamaku
Kite selesaikan keserabutan itu
Semoga hidup selesa selalu
Tiada tindakan yang melulu
Tiada perbuatan berdasarkan nafsu
Nikmat dunia itu palsu
Jadi usah dibelenggu
Hidup bukan untuk berteleku
Kita bangunkan sejarah dahulu
Mengikut amalan Rasulullah yang lalu
Sujud hanya pada yang satu
Bukan pada batu yang membatu'
Ini semua bahasa Qalbu
Kehadiranmu dialu-alukan selalu
Selamat datang ke blog ku...


Monday, October 12, 2015

saling berpesan - pesan

Ade orang berpesan kepada saya, jangan mudah menilai seseorang tanpa kita mengenali diri mereka terlebih atau kata orang putihnya 'don't judge the book by it's cover'. saya tidak mempertikai hak masing-masing untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindari diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang buruk tapi pernahkah kita berfikir adakah setiap perkara buruk yang dilakukan oleh orang lain itu atas kehendaknya atau mereka terdorong oleh desakan kehidupan yang membuatkan mereka memilih jalan tersebut. Masakan tidak, bagaimana hendak meneruskan kehidupan seharian jika yang kaya semakin kaya dan yang miskin tidak berhenti di tindas lalu menjadi semakin papa??? jawapan ada pada kita sendiri... 

Ada juga orang yang berpesan jika kita hidup dengan alasan maka di penghujung perjalanan nanti kita hanya akan kekal bersama alasan tersebut sampai bila-bila. memang benar saya turut tidak menyokong mereka yang menjadikan hidup ini sebagai medan untuk menabur seberapa banyak alasan yang mampu di beri semata-mata untuk mengelakkan diri dari menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya sebagai seorang manusia iaitu pemimpin di atas muka bumi ini. Akan tetapi, jangan pula kita mudah menghukum seseorang yang tidak kita kenali akan pekerjaan seharian mereka atau pengorbanan yang sedang mereka lakukan lalu dengan enteng kita hanya menyalahkan mereka adalah seorang yang mudah memberi alasan dan berhelah atas alasan yang kita sendiri berikan iaitu ketidak puasan hati kita kerana mereka tidak mahu mengikut cara kita atau bersama dengan kita di dalam sesuatu hal, sedangkan Allah telah merencanakan hidup setiap anak Adam itu dengan tangunggjawab mereka sendiri yang harus mereka laksanakan daripada melakukan perkara-perkara yang lain. Ini bukan bermakna saya menolak suruhan aAgama(Islam) supaya kita menjaga dua perkara yang paling penting untuk berjaya di dunia & akhirat iaitu menjaga hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah.. oleh kerana itu kita disuruh mengerjakan solat di masjid kerana dari situ telah ternyata lengkapnya dua suruhan tersebut tanpa perlu di tambah dan beruntungla mereka yang terdahulu kerana telah merasai kebanyakan nikmat dalam menjaga kedua hubungan tersebut yang mana semakin kurang pada hari ini atas kesibukan setiap individu itu sendiri.

Allah tidak menyuruh kita ini hanya duduk bersembang di kedai kopi atau keluar sekadar untuk mengisi masa lapang dan tidak pula memaksa kita untuk beribadat sepanjang siang & malam tanpa perlu memikirkan segala perihal yang berlaku di sekeliling. sebaliknya kita di harus bijak di dalam membahagikan masa untuk mengruskan setiap pekerjaan dengan ibadah supaya keduanya akan terlaksana dengan baik dan berkekalan In Shaa Allah.

semoga perkongsian kali ini bermakna buat kalian di luar sana..
:)

No comments:

Post a Comment